20,000 pek perayaan bagi warga emas jelang CNY, Aidilfitri
20,000 pek perayaan bagi warga emas jelang CNY, Aidilfitri
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (dua dari kanan), yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Tampines, memberikan pek perayaan Fú Dài kepada penduduk Tampines, Encik Lau Boon Sai, dan isterinya, Cik Lim Moi Soon (tiga dan empat dari kiri) pada 7 Februari.
Pasangan itu merupakan antara hampir 20,000 penerima pek perayaan berisi produk makanan dan barang keperluan rumah menjelang perayaan Tahun Baru Cina (CNY) dan Hari Raya Aidilfitri 2026.
Habuan untuk penduduk sempena dua perayaan itu diagihkan serentak pada tahun ini kerana CNY dan Aidilfitri jatuh pada tarikh yang hampir bertindih.
CNY disambut pada 17-18 Februari ini, sementara masyarakat Melayu/Islam dijangka mula berpuasa pada 19 Februari dan menyusuli itu, menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 21 Mac.
Pengagihan habuan serentak itu dianjurkan Dana Masyarakat (ComChest) dan kumpulan sukarelawan, Heartwarmers.
Turut dalam gambar ialah (dari kiri) Pengarah Urusan ComChest, Encik Jack Lim; Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa ComChest, Encik Danny Koh; dan Presiden Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), Cik Anita Fam.

