Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyelam ‘bergasak’ dalam akuarium? Rupa-rupanya kursus menyelamat

Aug 25, 2023 | 11:09 PM
KURSUS MENYELAMAT: S.E.A. Aquarium berkata kejadian yang diterbit di TikTok itu adalah sebahagian kursus latihan penyelam penyelamat bagi kakitangan syarikat itu.
KURSUS MENYELAMAT: S.E.A. Aquarium berkata kejadian yang diterbit di TikTok itu adalah sebahagian kursus latihan penyelam penyelamat bagi kakitangan syarikat itu. - Foto TIKTOK/ANGHARAD YEO

Tanpa pemeriksaan teliti, video di TikTok ini seolah menunjukkan dua penyelam sedang bergasak dalam S.E.A. Aquarium di Sentosa.

Dalam video diterbit pada Jumaat itu, ia menunjukkan salah seorang daripada mereka seolah sedang bergelut dengan menumbuk seorang lagi penyelam, manakala penyelam kedua pula cuba mempertahankan diri.

Tiga penyelam lain kelihatan sedang berenang ke arah ‘pergaduhan’ itu kononnya untuk meredakan keadaan.

Namun sebenarnya ini adalah satu latihan penyelam penyelamat air lanjutan bagi mendapatkan sijil Persatuan Profesional Jurulatih Menyelam (Padi).

Menurut S.E.A. Aquarium kepada pengguna yang memuatnaik video itu, Angharad Yeo, kejadian yang dirakamkan itu adalah sebahagian kursus latihan penyelam penyelamat PADI bagi kakitangan syarikat itu.

“Kursus ini belum lagi ditawar kepada orang umum, tetapi anda boleh menanti kursus menyelam lain yang akan ditawarkan kelak,” kata S.E.A. Aquarium.

Video itu telah ditonton sekitar 240,000 pengguna dan menerima sekitar 10,500 likes selepas lapan jam disiarkan.

Dalam kapsyen video itu, Yeo berkata: “penyelam sedang bergaduh di tangki besar Sea Aquarium. Saya mahu tahu apa sebabnya.

“Harap bocorkan rahsia,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg