Lapan anak penyu sisik, spesies yang kritikal terancam, kini memulakan fasa kehidupan baharu di Singapore Oceanarium.

Menetas dari telur di Pulau Kusu, mereka dijaga sepanjang masa dalam kurungan yang sengaja menghalang kesedaran akan pandangan manusia, persis konsep filem The Truman Show.

Penjagaan rapi ini bertujuan membesarkan penyu ke saiz optimum, sekali gus melonjakkan peluang kelangsungan hidup mereka sebelum dilepaskan semula ke alam liar.