Mulai 2027, pelajar sekolah menengah akan menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Menengah (SEC), yang akan menggantikan peperiksaan Singapura-Cambridge Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ dan ‘N’.
Sekolah juga akan ada satu tempoh peperiksaan SEC, dengan kertas yang berbeza untuk tahap subjek berbeza, berbanding tempoh peperiksaan berbeza semasa untuk pelajar peringkat ‘N’ dan ‘O’.
Demikian diumumkan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, di Parlimen semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE) pada 1 Mac.
“Selepas mengambil peperiksaan, pelajar akan menerima SEC, yang akan menggantikan sijil peringkat ‘O’, ‘N(A)’ dan ‘N(T)’ semasa. Sijil tersebut akan menggambarkan gabungan dan tahap subjek setiap pelajar.
“Sama seperti sijil peringkat ‘A’, yang menggambarkan setiap mata pelajaran pelajar dan tahap yang mereka selesaikan – H1, H2 atau H3. Sijil itu akan terus dianugerahkan bersama oleh MOE dan Cambridge, untuk mengekalkan kedudukannya yang tinggi,” kata Encik Chan.
Mengenai kebimbangan tentang SEC bahawa pelajar akan mempunyai satu peluang sahaja untuk meningkatkan gred bahasa ibunda (MTL), Encik Chan berkata bahawa perlu ada keseimbangan yang teliti antara usaha ke arah kecemerlangan, mengejar markah dengan membenarkan pelajar belajar pada tahap lebih baik.
“Apabila kami memperkenalkan peperiksaan bahasa ibunda peringkat ‘O’ pertengahan tahun pada 1980, kurang daripada 40 peratus pelajar lulus kedua-dua bahasa pertama dan kedua mereka.
“Hari ini, hampir semua pelajar bahasa ibunda peringkat ‘O’ kita sudah memenuhi keperluan bahasa pada peperiksaan pertama mereka,” kata Encik Chan.
MOE juga akan menambah dan memperluaskan kuota Anugerah Edusave bagi Pencapaian, Kepimpinan dan Perkhidmatan (Eagles).
Mulai 2024, sehingga 5 peratus pelajar darjah satu hingga tiga akan layak mendapat Eagles dan menerima anugerah sebanyak $200.
Kuota darjah empat hingga pelajar prauniversiti yang layak mendapat Eagles setiap tahun akan dinaikkan daripada 10 kepada 15 peratus. Kuantum anugerah Eagles untuk pelajar ini kekal tidak berubah.
Dengan perubahan itu, dianggarkan 18,000 pelajar tambahan akan layak mendapat Eagles setiap tahun.
“
“Selepas mengambil peperiksaan, pelajar akan menerima SEC, yang akan menggantikan sijil peringkat ‘O’, ‘N(A)’ dan ‘N(T)’ semasa. Sijil tersebut akan menggambarkan gabungan dan tahap subjek setiap pelajar. Sama seperti sijil peringkat ‘A’, yang menggambarkan setiap mata pelajaran pelajar dan tahap yang mereka selesaikan – H1, H2 atau H3. Sijil itu akan terus dianugerahkan bersama oleh MOE dan Cambridge, untuk mengekalkan kedudukannya yang tinggi.”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg