Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perdaus ulangi gesaan gencatan senjata segera, tetap

Jun 16, 2024 | 11:11 AM
Perdaus mengajak masyarakat terus berdoa bagi Palestin, ulangi gesaan bagi gencatan senjata dan pembukaan semula sempadan bagi bantuan kemanusiaan di Gaza.
Perdaus mengajak masyarakat terus berdoa bagi Palestin, ulangi gesaan bagi gencatan senjata dan pembukaan semula sempadan bagi bantuan kemanusiaan di Gaza. - Foto AFP

Badan amal Islam, Perdaus, mengulangi gesaan mereka bagi gencatan senjata dan pembukaan semula sempadan bagi bantuan kemanusiaan di Gaza.

Menurut Perdaus, langkah itu harus segera diambil dan dilaksana secara tetap.

Merujuk peperangan yang sedang berlaku di Gaza, Perdaus dalam kenyataannya sempena Hari Arafah pada 9 Zulhijah (16 Jun kalendar setempat) mengajak masyarakat Islam di sini untuk terus berdoa bagi Palestin.

“Kami menggalak ibu bapa agar terus mendekati anak mereka tentang isu ini dan mengulangi pentingnya perikemanusiaan, belas kasihan dan daya tahan.

“Dengan melakukan demikian, kita boleh memupuk sebuah masyarakat yang mempunyai sifat belas kasihan dan berdaya tahan sebagai warga Singapura,” katanya.

Dalam kenyataannya, Perdaus juga menggesa warga Singapura untuk terus memberi sokongan kepada Gaza, khususnya dengan menderma kepada Dana Palestin Mercy Relief.

Orang ramai boleh menderma menerusi laman web www.mercyrelief.org.

Hasil kutipan derma akan menyokong usaha bantuan kecemasan dan memperoleh bekalan penting, menurut Perdaus.

Perdaus turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk membantu mencapai gencatan senjata yang tetap dan membuka semula sempadan Gaza untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk secara berterusan.

Tambahnya, ini lebih-lebih lagi penting kerana penduduk Gaza memerlukan bantuan segera dan adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan bantuan dapat segera disalurkan kepada mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg