Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Badan Melayu/Islam sebulat suara gesa gencatan senjata segera di Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan Melayu/Islam sebulat suara gesa gencatan senjata segera di Gaza

Apr 09, 2024 | 01:11 PM



Badan-badan Melayu/Islam (MMO) Singapura dengan tegas mengutuk semua bentuk pencerobohan Israel ke atas Gaza dan menggesa gencatan senjata segera. 

Merujuk peperangan yang sedang berlaku di Gaza, 17 MMO dalam kenyataan bersama menjelang Syawal berkata konflik tersebut mengingatkan tentang kepentingan belas kasihan, perpaduan dan rasa syukur.

“Hati kami terus berduka atas nyawa yang tidak berdosa yang terkorban, keluarga yang terpisah dan masyarakat yang hancur akibat keganasan. 

“Kami dengan tegas mengutuk semua bentuk pencerobohan dan menyertai Singapura untuk menggesa gencatan senjata segera,” kata kenyataan itu.

MMO tersebut yang terdiri daripada Persatuan Ain; AMP Singapore; Casa Raudha Ltd; Persekutuan India Muslim Singapura (FSIM); IMPROF; Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM); Persatuan Muhammadiyah; Darul Arqam Singapura; Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC); Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA); Perdaus; Pusat Pendidikan dan Kebajikan Pertapis; Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM); Liga Muslim Kadayanallur Singapura (SKML); Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS); Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS); dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) yang turut memanjatkan doa dan permohonan untuk penyembuhan, ketabahan serta perdamaian. 

“Semoga Hari Raya Aidilfitri ini membawa kedamaian dan kebaikan kepada hati semua umat manusia. Marilah kita berusaha untuk mencipta dunia di mana semua orang boleh hidup dalam keadaan bermaruah, keselamatan dan keamanan. 

“Kami berharap semangat Hari Raya memberi inspirasi kepada kami semua untuk menjadi ejen perubahan positif, menggalakkan toleransi, persefahaman dan menghormati semua,” tambah kenyataan itu.

Dalam perkembangan terkini konflik Israel-Hamas yang sudah berlarutan selama enam bulan, Hamas berkata pada 9 April bahawa ia telah pun menerima cadangan Israel daripada pengantara Qatar dan Mesir, namun cadangan tersebut tidak memenuhi mana-mana tuntutan pihak Palestin.

Bagaimanapun, Hamas menambah dalam satu kenyataan bahawa ia akan mengkaji cadangan itu, yang disifatkannya sebagai “tidak mahu berkompromi” dan akan menyampaikan responsnya kepada pengantara.

Agensi berita Reuters melaporkan seorang pegawai Hamas sebelum ini berkata tiada kemajuan telah dibuat dalam rundingan itu.


“Tiada perubahan dalam kedudukan (Israel) dan oleh itu, tiada perkara baru dalam rundingan di Kahirah,” kata pegawai Hamas itu, yang enggan namanya disiarkan.

Israel berkata ia berminat untuk mencapai perjanjian pertukaran tahanan dengan tebusan, di mana ia akan membebaskan beberapa orang Palestin yang dipenjarakan di penjaranya sebagai balasan bagi membebaskan tebusan di Gaza, tetapi ia tidak bersedia untuk menamatkan serangan tentera sebelum ia menyerang Rafah.

Hamas mahu sebarang perjanjian untuk menamatkan serangan tentera Israel, mengeluarkan tentera Israel dari Gaza dan membenarkan pelarian pulang ke rumah mereka.


Rafah adalah tempat perlindungan terakhir bagi orang awam Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat pengeboman berterusan Israel yang telah meratakan kawasan kejiranan rumah mereka.


Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata:


“Kami sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat kami, pertama sekali pembebasan semua tebusan kami dan mencapai kemenangan lengkap ke atas Hamas.


“Kemenangan ini memerlukan kemasukan ke Rafah dan penghapusan batalion pengganas di sana. Ia akan berlaku – ada tarikhnya.” Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikhnya.


Lebih sejuta orang bersesak-sesak di Rafah dalam keadaan terdesak, kekurangan makanan, air dan tempat tinggal, dan pemerintah dan organisasi asing telah menggesa Israel supaya tidak menyerang Rafah kerana bimbang akan pertumpahan darah besar-besaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >