Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Perdaya bos lebih $3.6j: Wanita dihukum penjara 12 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perdaya bos lebih $3.6j: Wanita dihukum penjara 12 tahun

Mar 13, 2024 | 02:54 PM



Seorang wanita memperdaya bosnya lebih $3.67 juta selepas mengatakan dia seorang muflis dan memerlukan bantuan untuk membuat ‘bayaran’ kepada Pejabat Muflis dan Pemegang Amanah Awam (IPTO).

Lynne Charlotte James menipu bosnya 2,253 kali dari Mei 2008 hingga Oktober 2017.

Bos berkenaan kini tinggal di rumah sewa bersama isterinya setelah menghabiskan wang simpanan untuk membantu Lynne.

Pasangan itu juga telah menjual dua hartanah mereka bagi mengumpul dana untuk Lynne.

Lelaki berusia 69 tahun itu, yang butirannya telah disunting daripada dokumen mahkamah, mengambil wang tunai daripada isterinya dan meminjam lebih $1 juta daripada anak saudara perempuannya untuk mengumpul dana buat Lynne.

Pada 13 Mac, Lynne, 47 tahun, yang tidak membuat sebarang pembayaran balik, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menipu.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Hakim Daerah Shawn Ho menyifatkannya sebagai, “kes yang menyayat hati” dan maklum akan jumlah yang dipinjam mangsa daripada anak saudaranya.

Hakim berkata mangsa mengalami angin ahmar akibat tekanan selepas ditipu, dan juga menghidap barah.

Tanpa mendedahkan butiran, hakim menambah bahawa kesihatan mental isteri lelaki itu terjejas dan beliau menerima bantuan psikiatri untuk menanganinya.

Bagaimanapun, beliau tidak mampu menampung kos untuk meneruskan rawatan.

Anak perempuan pasangan itu telah mencederakan diri sendiri dan mengelar lengannya, kata hakim.

Beliau tidak menjelaskan sama ada ia berpunca daripada kes tersebut.

Dalam prosiding awal, pihak pendakwa memberitahu mahkamah bahawa Lynne telah menggunakan keuntungan yang diperoleh secara haram untuk menyelesaikan perbelanjaan peribadinya dan membayar balik pinjaman yang diambil daripada peminjam wang.

Sekitar 2006, dia bekerja di sebuah firma hartanah – yang butirannya telah disunting daripada dokumen mahkamah – dan merupakan pekerja mangsa.

Dia menghadapi tindakan menjadi muflis pada 2008. Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada dia benar-benar muflis.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Edwin Soh dan Louis Ngia menyatakan dalam dokumen mahkamah bahawa Lynne telah mengatur rancangan untuk menipu mangsa.

Pada 2008, dia memberitahu mangsa dia seorang muflis.

DPP berkata: “Dia kemudian berbohong kepada mangsa dengan menyatakan bahawa (IPTO) telah menahan dana dalam hartanahnya yang muflis, dan dia memerlukan mangsa untuk membantunya membuat pelbagai bayaran kepada IPTO sebelum IPTO membolehkan pengeluaran dana kepadanya.”

Dia memberitahu mangsa bahawa dia akan membayar balik semua yang dia pinjam kelak.

Untuk menyokong pembohongannya, Lynne membuat e-mel rekaan daripada IPTO dan Kementerian Undang-undang, kononnya menuntut pelbagai bayaran untuk diselesaikan kepada IPTO. Dia memberi e-mel palsu itu kepada mangsa.

Dia membuat lebih banyak e-mel palsu, kononnya dihantar oleh Hakim Besar Sundaresh Menon dan Jabatan Peguam Negara, kononnya meminta Lynne terus membuat bayaran kepada IPTO.

Tertuduh memberi amaran kepada mangsa supaya tidak melaporkan perkara itu kepada polis atau IPTO, kononnya jika ketahuan, IPTO akan merampas dananya dan dia tidak akan dapat pulangkan wang kepada mangsa. Lelaki itu mempercayainya dan memberinya wang. Dia terus meminta wang lagi.

Dia dijangka mula menjalani hukuman pada 16 April dan dikenakan ikat jamin $100,000 pada 13 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >