Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

8 ditahan kes rasuah seludup rokok, arak jutaan ringgit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

8 ditahan kes rasuah seludup rokok, arak jutaan ringgit

Mar 13, 2024 | 01:05 PM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk empat penjawat awam kerana disyaki terbabit rasuah sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu sempadan negara.


Semua suspek berusia 40 hingga 50-an tahun ditahan di sekitar Lembah Klang antara 11.30 pagi dengan 4 petang pada 11 Mac.

Penahanan dilakukan menerusi operasi khas Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Dalam operasi dijalankan ini, SPRM menahan lapan individu termasuk empat penjawat awam dipercayai bersekongkol dengan sindiket berkenaan sejak 2018 hingga 2023.

“Setakat ini sindiket terbabit dipercayai menyebabkan ketirisan hasil cukai dianggarkan kira-kira RM400 juta ($113.8 juta) dan memberi wang rasuah lebih RM8 juta kepada beberapa individu termasuk penjawat awam bagi menyeludup tembakau kunyah, rokok, arak serta beberapa barangan lain,” menurut sumber, lapor Berita Harian Malaysia.


Hasil serbuan, SPRM turut merampas pelbagai barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, komputer peribadi, wang tunai, rumah dan kereta yang dianggarkan bernilai hampir RM6 juta.

SPRM turut membekukan 237 akaun bank membabitkan wang berjumlah kira-kira RM12 juta.

“Sindiket ini dipercayai menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

“Selain itu, sindiket turut dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’, melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen,” katanya.

Dalam pada itu, empat penjawat awam terbabit direman empat hari sehingga 15 Mac ini kerana disyaki menerima rasuah lebih RM5 juta daripada sindiket berkenaan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Cik Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 12 Mac.

Difahamkan, SPRM sedang mengesan seorang lagi penjawat awam kerana disyaki terbabit dengan sindiket sama.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman empat suspek terbabit dengan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

“SPRM juga akan memohon reman terhadap beberapa lagi suspek yang ditahan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >