Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pereka logo mapan, Shamsuddin H. Akib meninggal dunia

Apr 9, 2024 | 3:31 PM
Pereka visual mapan dan terkenal, yang mereka logo Yayasan Mendaki, Allahyarham Shamsuddin H. Akib, meninggal dunia pada usia 91 tahun
Pereka visual mapan dan terkenal, yang mereka logo Yayasan Mendaki, Allahyarham Shamsuddin H. Akib, meninggal dunia pada usia 91 tahun - Foto FACEBOOK MENDAKI

Seorang pereka visual mapan dan terkenal, yang telah membantu mereka bentuk logo Iqra’ asal Yayasan Mendaki, telah meninggal dunia.

Allahyarham Shamsuddin H. Akib, meninggal dunia pada usia 91 tahun pada 7 April.

Menurut catatan Facebook Mendaki pada 9 April, Allahyarham Shamsuddin merupakan seorang komunikator visual terkenal yang rekaannya diilhamkan dari hati.

“Beliau mereka bentuk logo Iqra’ asal Mendaki yang membantu memberikan inspirasi terhadap misi kami untuk memartabatkan masyarakat Melayu/Islam melalui pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

“Kami ingin mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Shamsuddin Haji Akib. Semoga Allah memberi mereka kekuatan dan ketabahan kepada mereka,” tulis Mendaki.

Logo Mendaki itu telah dilakar bersama pengasas Mendaki, Dr Ahmad Mattar dan Haji Mansor Sukaimi, yang juga mantan Anggota Parlimen di mana mereka telah meluangkan banyak masa memikirkan simbol terbaik bagi melambangkan Mendaki.

Akhirnya, mereka bersetuju menggunakan kalimah Iqra’ yang bererti ‘bacalah’ bagi logo Mendaki.

Memetik wawancara Berita Harian bersama Allahyarham Shamsuddin pada 2015, beliau pada ketika itu berkata: 

“Mendaki nak suruh anak-anak kita membaca, jadi saya fikir perkataan Iqra’ itu sesuai sekali berbanding kalau saya buat simbol seperti pena, buku dan sebagainya.

“Oleh kerana saya belajar seni khat semasa di Madrasah Darul Maarif dahulu, itu pun saya rasa membolehkan saya melukis perkataan Iqra’ itu.”

Allahyarham Shamsuddin pernah dianugerahkan Anugerah Jubli Emas Reka Bentuk Singapura (Singapore Design Golden Jubilee Award) oleh Majlis Reka Bentuk Singapura pada 2015.

Sebelum itu, beliau juga pernah memenangi beberapa pertandingan nasional termasuk satu pertandingan pada 1963 dengan reka bentuk muralnya dipilih menghiasi dewan ketibaan Lapangan Terbang Paya Lebar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg