Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pereka tempatan lahirkan inisiatif ubah pakaian lama jadi baru

Apr 21, 2024 | 2:05 PM
(Dari kiri) Cik Anseina Eliza; Cik Ratianah Tahir; Cik Junie Yeo; Cik Sabrina Goh; and Cik Xie Qian Qian merupakan antara yang terlibat dalam inisiatif baru Recustom.
(Dari kiri) Cik Anseina Eliza; Cik Ratianah Tahir; Cik Junie Yeo; Cik Sabrina Goh; and Cik Xie Qian Qian merupakan antara yang terlibat dalam inisiatif baru Recustom. - Foto ST

Tujuh label fesyen tempatan telah bergabung dalam inisiatif baru untuk menyediakan pelan tindakan percuma bagi orang ramai menukar pakaian lama mereka kepada reka bentuk baru.

Dinamakan ‘Recustom’, projek kemampanan itu bertujuan untuk menyokong tukang jahit tempatan dan menggalak orang ramai menggunakan semula pakaian lama dan tidak membuangnya.

Pelan tindakan untuk 15 reka bentuk – berupa desain fesyen kontemporari hingga pakaian etnik untuk lelaki dan wanita – termasuk bagi tukang jahit menghasilkan setiap rekaan, bersama-sama dengan jenis dan kuantiti pakaian lama yang diperlukan untuk menciptanya.

Antara label fesyen yang terlibat dalam inisiatif ini termasuk Depression, Graye Studio, Sabrinagoh, Ans.ein, Baebeeboo, Lark and Peony, and Kebaya by Ratianah, menurut laporan The Straits Times.

Pelan tindakan itu boleh dimuat turun dari laman web Recustom, yang dilancarkan pada 11 April.

Pengarah kreatif Graye, Cik Xie Qian Qian menyediakan pelan tindakan untuk jenis baju Shoto Baseball Collar Top.

Cik Sabrina Goh, yang merupakan pengasas Goen Bucket Hat, merupakan fesyen yang boleh dihasilkan menggunakan beberapa keping fabrik berlainan.

Idea bagi inisiatif itu timbul daripada agensi kreatif Tribal Worldwide Singapore, yang menemukan pereka fesyen dan Lembaga Warisan Negara (NHB).

Pengarah kreatif eksekutif Tribal, Encik Benson Toh berkata salah satu matlamat Recustom adalah untuk “memberi nafas baru kepada industri lama seperti tukang jahit dan pakar pakaian etnik dengan menjadikannya menarik serta relevan kepada belia”.

NHB mengesyorkan label cheongsam moden Lark dan Peony dan Kebaya by Ratianah agar menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, untuk menonjolkan amalan kraf mereka serta jenis pakaian tradisional ini.

Pengasas Lark dan Peony, Cik Junie Yeo mencipta Yan Top, blaus yang menampilkan siluet berpotongan kotak, dan baju butang Pankou, diinspirasikan daripada butang bersimpul tradisional yang digunakan pada qipaos atau cheongsam.

Pereka kebaya, Cik Ratianah Tahir mereka baju Kurung Pesak, yang mempunyai garis leher bulat tanpa kolar tradisional yang dipanggil teluk belanga.

Beliau mencadangkan menggunakan bahan daripada baju batik lama, kebaya, baju kurung atau denim daripada seluar jeans untuk mencipta reka bentuk tampalan moden yang tidak konvensional.

NHB bekerjasama dengan Tribal untuk menyerlahkan kepentingan warisan pakaian di laman web Recustom.

Jurucakap NHB berkata: “Melalui Recustom, kami berharap dapat meningkatkan penghayatan dan pemahaman yang lebih besar tentang pakaian etnik dalam kalangan belia dengan menunjukkan kepada mereka bahawa pakaian budaya dengan akar yang mendalam dan tradisi yang kaya boleh menjadi sama relevan dan bergaya.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg