Topik diikuti
Pergi ke BHkuPergaduhan Lengkok Bahru: Lelaki didakwa bunuh jiran
Pergaduhan Lengkok Bahru: Lelaki didakwa bunuh jiran
Pergaduhan Lengkok Bahru: Lelaki didakwa bunuh jiran
Seorang lelaki didakwa membunuh jirannya di Blok 55 Lengkok Bahru, berhampiran Redhill Road, pada 20 Julai.
Ng Swee Seng, 59 tahun, yang tampil di mahkamah daerah menerusi pautan video pada 22 Julai, didakwa membunuh Thiyagarajan Karunakaran, yang juga berusia 59 tahun.
Polis berkata dalam satu kenyataan awal bahawa pegawai polis menerima panggilan mengenai kejadian itu sebelum 5 petang pada 20 Julai.
Mereka menemui Thiyagarajan terbaring kaku di lobi lif tingkat 16.
Beliau dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH), dan meninggal dunia setelah itu.
The Straits Times (ST) melawat blok tersebut pada 21 Julai dan menemui kesan darah serta kesan tapak kaki berdarah di sepanjang koridor tingkat 16.
Seorang penduduk, yang berpindah ke blok yang sama sekitar empat tahun lalu, berkata kedua-dua lelaki itu tinggal beberapa unit berjauhan antara satu sama lain di tingkat yang sama.
Pada 22 Julai, Ng memberitahu mahkamah: “Jika saya dengar bunyi, saya akan marah orang... Saya bertindak balas kerana saya dengar (satu) suara.”
Kesnya telah ditangguhkan ke 12 Ogos.
Jika disabitkan kesalahan membunuh, Ng berdepan hukuman mati.
