Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Peribahasa terus diajar di dalam dan luar kelas: Maliki

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peribahasa terus diajar di dalam dan luar kelas: Maliki

Mar 01, 2024 | 09:19 PM



Walaupun peribahasa tidak lagi akan diuji sebagai salah satu komponen dalam peperiksaan kebangsaan, ia akan terus dinilai dalam teks dan petikan supaya pelajar akan menggunakan kemahiran inferensi mereka dan memahami penggunaan kontekstual, kata Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.

Demikian yang dikongsi oleh Dr Maliki pada 1 Mac di Parlimen bagi menjawab soalan Anggota Parliment (AP) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang cara Kementerian Pendidikan (MOE) memastikan pelajar terus didedahkan dan dibiasakan dengan penggunaan peribahasa.

Ini selepas bahagian peribahasa dimansuhkan daripada peperiksaan Bahasa Melayu peringkat GCE ‘O’ mulai 2024 dan seterusnya.

“Pelajar akan terus mempelajari peribahasa dalam pelajaran Bahasa Melayu.

“Melalui perbincangan, pembentangan dan penyelidikan, pelajar membina penghayatan terhadap kekayaan nilai dan budaya yang terkandung dalam peribahasa,” kata Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri.

Berikutan soalan tambahan oleh Encik Zhulkarnain, Dr Maliki bersetuju bahawa peribahasa memberikan gambaran yang sangat mendalam tentang budaya dan nilai Melayu, jauh melebihi bahasa itu sendiri.

Beliau menambah bahawa buku teks juga telah disematkan dengan peribahasa di dalamnya melalui tema yang berbeza dalam bahagian yang berbeza dalam buku teks tersebut dan guru terus mengajar peribahasa dan cara menggunakannya secara kontekstual.

Sekolah juga menggunakan teknologi baru seperti penghasilan video untuk menggalakkan pelajar berminat dan menghayati peribahasa dengan lebih baik melalui lensa mereka sendiri, kata Dr Maliki.

“Kami mahu menggalakkan pemahaman dan penggunaan peribahasa yang membolehkan pelajar menghayati budaya yang mereka alami dan belajar di luar sekolah.

“Kami sedang melihat kemungkinan mengadakan pertandingan TikTok dan penerbitan video dalam kalangan pelajar dengan bimbingan guru,” kata Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >