Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Perintah probesen bagi remaja hasut temanita tanam bayi lahir mati

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perintah probesen bagi remaja hasut temanita tanam bayi lahir mati

Feb 07, 2024 | 06:49 PM



Seorang remaja yang berusia 14 tahun ketika menghamilkan temanitanya dan kemudian menghasut supaya menanam bayi mereka yang meninggal dunia semasa lahir, pada 7 Februari dijatuhi hukuman probesen selama 21 bulan.

Dia telah disabitkan pada Disember 2023 kerana melakukan hubungan seksual terhadap gadis bawah umur dan bersubahat dengannya, untuk merahsiakan kelahiran bayi itu dengan menanam bayi itu.

Remaja berkenaan yang kini berusia 18 tahun dan sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS), tidak boleh dinamakan kerana dia masih di bawah umur pada masa melakukan kesalahan itu.

Sebagai sebahagian hukumannya, dia perlu melakukan 100 jam khidmat masyarakat.

Penggunaan Internetnya juga akan dipantau dan diperiksa ibu bapa dan pegawai probesennya.

The Straits Times difahamkan bahawa gadis itu telah diberi amaran bersyarat kerana terlibat dalam kes itu.


Timbalan Pendakwa Raya, Encik Gan Ee Kiat, berkata remaja itu adalah rakan sekelas di sekolah menengah dan mula menjalin hubungan percintaan pada Mei 2020.

Pesalah berusia 14 tahun manakala mangsa berusia 15 tahun ketika itu.

Mereka melakukan hubungan seks di dalam bilik tidur remaja lelaki itu, yang dikongsi bersama dengan abangnya, apabila abangnya tiada di rumah.

Pendakwa raya berkata pesalah tidak menggunakan kondom kerana sukar membelinya kerana usia mudanya.

Pada Januari 2021, gadis itu mengesyaki dia hamil kerana berasa loya dan terlepas haid. Remaja itu kemudian membelikan kit ujian kehamilan buat gadis itu.

Apabila gadis itu mengetahui dia hamil, dia memberitahu teman lelakinya tetapi merahsiakannya berita itu daripada keluarganya.

Pasangan itu bersetuju menggugurkan janin itu sendiri dan menggunakan pelbagai kaedah yang mereka temui dalam talian.

Ini termasuk memakan pil pengguguran yang dibeli teman lelakinya secara dalam talian. Gadis itu turut memasukkan penyangkut baju ke dalam badannya dalam usaha menarik keluar janin itu.

Dengan persetujuan gadis itu, pesalah menumbuk dan menekan perut gadis itu dengan lutut, dalam percubaan menamatkan kehamilan.

Semua kaedah itu gagal dan pada Jun 2021, mangsa sewaktu bersendirian melahirkan seorang bayi lelaki yang telah meninggal dunia, dalam bilik tidurnya ketika teman lelakinya menyaksikannya melalui panggilan video.

Selepas melahirkan, gadis itu memotong tali pusat bayi itu dengan sepasang gunting.

Pesalah menyuruhnya memotong plasenta menjadi kepingan kecil dan menyiramnya ke dalam mangkuk tandas. Dia juga menyuruh gadis mengebumikan janin itu.

Pasangan itu memutuskan hubungan mereka pada Mac 2022.

Pada April 2022, ibu gadis itu mendapati bahawa dia sangat pendiam dan bertanya ada apa-apa yang mengganggunya.

Gadis itu memberitahu ibunya apa yang berlaku dan laporan polis dibuat. Janin yang ditanam itu ditemui polis semasa siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >