Perkhidmatan kereta api dan beberapa perkhidmatan bas akan dilanjutkan pada 8 Ogos, menjelang cuti umum Hari Kebangsaan.
Kenyataan daripada pengendali pengangkutan awam SMRT pada 25 Julai berkata, kereta api terakhir akan bertolak dari stesen MRT City Hall pada 12.30 tengah malam ke keempat-empat arah – menuju ke stesen Jurong East, Marina South Pier, Pasir Ris dan Tuas Link.
Di Circle Line, kereta api terakhir dari stesen Dhoby Ghaut, menuju ke Harbour Front, akan berlepas pada 11.55 malam, manakala kereta api terakhir ke arah lain akan berlepas pada 11.30 malam.
Kereta api terakhir di Laluan Thomson-East Coast akan bertolak dari stesen Woodlands North pada 12 tengah malam, dan dari stesen Bayshore pada 12.12 tengah malam.
Tiada lanjutan perkhidmatan LRT Bukit Panjang dan perkhidmatan Lapangan Terbang Changi.
Beberapa perkhidmatan bas juga akan dilanjutkan pada 8 Ogos.
Bas terakhir untuk servis 300, 301, 302, 307, 983A akan berlepas dari pusat pertukaran bas Choa Chu Kang pada 1.40 pagi.
Servis 901, 911, 912A, 912B, 913 akan meninggalkan pusat tukaran bas Woodlands pada 1.25 pagi, dan 920, 922, 973A akan berlepas dari pusat tukaran bas Bukit Panjang pada 1.25 pagi.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg