Orang ramai akan dapat mengunjungi Istana semasa rumah terbuka Hari Kebangsaannya 28 Julai.
Pengunjung boleh menjangkakan persembahan secara langsung, pelbagai kegiatan seni dan permainan, serta lawatan di pekarangan Istana dari 8.30 pagi hingga 6 petang.
Terdapat juga gerai makanan, van makanan dan gerai barangan.
Pengunjung juga boleh menikmati persembahan muzikal dan tarian pelbagai etnik oleh pelajar daripada Sekolah Menengah Beatty, Sekolah Rendah Bedok Green, Sekolah Rendah Endeavour, Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah, Sekolah Tinggi Nan Hua, Sekolah Menengah Perempuan Methodist Paya Lebar, Sekolah Rendah Qihua, Sekolah Menengah River Valley dan Sekolah Rendah Townsville.
Kumpulan Bakat Persatuan Rakyat (PA) dan Persatuan Serani Singapura, serta pemuzik muda tempatan Lyla Ng, Asher Wenyao Mendelsohn dan Thaarmin, juga akan membuat persembahan.
Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam lawatan berpandu ke bangunan utama, dari 9.30 pagi hingga 5 petang.
Kemasukan adalah melalui pintu pagar utama Istana di Orchard Road, dan ia adalah percuma untuk warga Singapura dan penduduk tetap (PR), termasuk penjaga mereka.
Pelawat lain mesti membayar $20 bagi dewasa, atau $10 untuk kanak-kanak empat hingga 12 tahun.
Terdapat bayaran tambahan untuk masuk ke bangunan utama dan lawatan berpandu, daripada $2 hingga $4 untuk warganegara dan PR, dan daripada $2 hingga $20 untuk pelawat lain.
Tiket boleh dibeli di pintu masuk pada 28 Julai.
Hasil tiket masuk, lawatan dan gerai barangan akan disalurkan kepada badan amal disokong Cabaran Presiden.
Jumlah yang masuk mungkin mungkin dihadkan jika cuaca buruk atau ekoran kapasiti.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg