Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS perkukuh komitmen kepada Asia Tenggara

Jun 2, 2023 | 6:24 PM
PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU: Menteri Pertahanan, Dr Ng Hen Hen, (empat dari kiri) bersama Menteri Pertahanan Asia Tenggara lain menemui Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin (tiga dari kanan), pada Jumaat di samping Dialog Shangri-La ke-20.
PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU: Menteri Pertahanan, Dr Ng Hen Hen, (empat dari kiri) bersama Menteri Pertahanan Asia Tenggara lain menemui Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin (tiga dari kanan), pada Jumaat di samping Dialog Shangri-La ke-20. - Foto MINDEF

SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, mengesahkan komitmen kukuh Amerika kepada rantau Asia Tenggara dalam pertemuan tidak rasmi bersama menteri pertahanan rantau tersebut pada Jumaat.

Encik Austin berkata demikian semasa pertemuannya bersama menteri pertahanan serantau, termasuk Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen, di luar Dialog Shangri-La yang ke-20.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) Singapura pada Jumaat, Encik Austin menyentuh tentang usaha mengekalkan sekitaran keselamatan serantau yang berdasarkan peraturan.

“Beliau berkata Amerika akan meneruskan penglibatannya dengan rantau ini, untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dalam kalangan negara, termasuk menerusi Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)-Plus,” kata Mindef.

Kata Mindef, Dr Ng mengalu-alukan komitmen Amerika itu dan mengesahkan sokongan sejak sekian lama Singapura terhadap kehadiran Amerika di rantau ini. Sekitar 550 wakil daripada lebih 40 negara dijangka menghadiri Dialog Shangri-La yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg