Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Perlu timbang rasa tatkala guna ruang bersama di kawasan kejiranan: Faishal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu timbang rasa tatkala guna ruang bersama di kawasan kejiranan: Faishal

Jan 09, 2024 | 06:58 PM



Singapura menyediakan pelbagai ruang bersama apabila merancang pembinaan estet kediaman, taman, dan kawasan serbaguna untuk mewujudkan peluang buat rakyat Singapura berinteraksi dan memupuk perpaduan sosial.

Namun, dalam menggunakan ruang bersama, penduduk juga mesti bertimbang rasa dan mengambil kira keperluan dan minat yang pelbagai merentasi kumpulan yang berbeza, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab usul penangguhan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Syed Harun Taha Alhabsyi, yang mengemukakan beberapa cadangan bagaimana pemerintah boleh memupuk perpaduan sosial yang lebih kukuh menerusi pengurusan ruang bersama di estet kediaman.

Baru-baru ini, terdapat beberapa laporan berita, pendapat dan perbualan di alam maya mengenai penutupan beberapa ruang bersama di estet kediaman, khususnya kepungan kolong blok di Woodlands Ring Road dan penutupan gelanggang bola sepak di Bedok North Road.

“Majlis bandaran mengurus dan menyelenggara ruang bersama di kawasan perumahan awam. Penduduk yang ingin gunakan ruang bersama perlu memohon kebenaran daripada majlis bandaran.

“Ini membolehkan majlis bandaran memastikan penggunaan yang selamat dan sesuai, dan menghindari sebarang masalah yang boleh menjejas penduduk,” kata Dr Faishal.

Beliau mengakui bahawa beberapa langkah campur tangan oleh majlis bandaran mungkin kelihatan keras tetapi ia perlu bagi mengimbangi kepentingan semua penduduk.

“Saya ingin memberi jaminan kepada (Dr Syed Harun) bahawa campur tangan seperti itu tidak dipandang ringan. Di sebalik tabir, majlis bandaran dan agensi berkaitan telah berusaha berhubung dengan pihak yang terjejas dan membangunkan penyelesaian wajar.

“Ada kalanya, walaupun terdapat usaha untuk membawa beberapa pihak untuk bersama menyelesaikan isu secara baik, kadangkala ada pihak yang mungkin tidak mahu bertolak ansur. Dalam kes sedemikian, majlis bandaran dan agensi berkaitan mungkin tiada pilihan selain campur tangan secara langsung, bagi pastikan persekitaran hidup yang kondusif untuk semua,” kata Dr Faishal.

Semasa ucapannya, Dr Syed Harun berkata, walaupun beliau memahami cabaran yang dihadapi majlis bandaran dalam mengurus aduan dan perselisihan penduduk di kawasan perumahan, langkah yang diambil untuk menutup ruang awam untuk aktiviti sukan telah menjejas peluang untuk memupuk perpaduan sosial.

“Kita boleh lakukan lebih baik dari segi mencari penyelesaian yang wajar untuk semua. Dengan sedikit kreativiti, pemikiran kolektif dan pertimbangan, saya yakin kita boleh terus menyediakan ruang bersama di estet kediaman untuk pelbagai aktiviti yang melibatkan semua lapisan masyarakat,” kata Dr Syed Harun.

Dr Faishal berkata beliau bersetuju sepenuhnya dengan ungkapan Dr Syed Harun tentang peri pentingnya perpaduan sosial, dan pemerintah telah memberi perhatian yang teliti terhadap perancangan huluan dan reka bentuk persekitaran binaan untuk memupuk perpaduan sosial di kalangan rakyat Singapura.

“Kami juga telah memperkenalkan kemudahan seperti astaka masyarakat, sudut kecergasan, dan taman permainan 3-Gen untuk memudahkan interaksi antara generasi.

“Kawasan perumahan lama dipasang semula dengan kemudahan baru atau dipertingkatkan melalui program menaik taraf seperti Program Pembaharuan Kejiranan (NRP) dan Program Peningkatan Estet (EUP),” kata Dr Faishal.

Dalam menggunakan ruang bersama, Dr Faishal ingatkan penduduk agar terus bertimbang rasa dan berlaku baik antara satu sama lain, agar dapat mewujudkan kehidupan yang mesra, inklusif dan harmoni, memandangkan kini lebih ramai penduduk yang bekerja dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >