Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perluas jangkauan belia melalui sesi interaktif, bengkel cipta kandungan digital

‘OMGxBH’ tingkat usaha dekati generasi muda melalui acara masyarakat, kerjasama strategik
Dec 14, 2025 | 5:30 AM
omgxbh, jobstreet, seek, sph media
Reruai ‘OMGxBH’ di Pameran Pekerjaan anjuran Jobstreet by Seek dan SPH Media. - Foto OMGxBH

Untuk terus menarik perhatian dan mendekati golongan muda, jenama golongan muda Berita Harian (BH), OMGxBH, telah meningkatkan usaha untuk mendekati golongan muda melalui penyertaan dalam lebih 20 sesi interaktif serta penganjuran bengkel penciptaan kandungan digital pada 2025.

Di antara usaha itu termasuk penyertaan dalam acara institusi pendidikan tinggi seperti Politeknik Ngee Ann (NP), Politeknik Republic (RP), Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU). 

Pereka Digital ‘OMGxBH’, Raja Nurul Huda Raja Ahmad, mengendalikan bengkel kepada pelajar pengajian media dan filem (FMS) Politeknik Ngee Ann (NP).
Pereka Digital ‘OMGxBH’, Raja Nurul Huda Raja Ahmad, mengendalikan bengkel kepada pelajar pengajian media dan filem (FMS) Politeknik Ngee Ann (NP). - Foto OMGxBH

OMGxBH juga menganjurkan beberapa bengkel penciptaan kandungan digital bagi pelajar institusi pendidikan tinggi di bawah program Hari Media SPH anjuran SPH Media demi  mengasah bakat muda dalam bidang media dan kreatif. 

Para pelajar berpeluang belajar tentang penciptaan kandungan digital, mengetahui lebih lanjut tentang transformasi media berita di era digital serta skop pekerjaan dalam bilik berita.

Penerbit media sosial ‘OMGxBH’, Cik Nur Sabrina Masri, mengendalikan bengkel penciptaan kandungan digital kepada mahasiswa yang terdiri daripada anggota Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS).
Penerbit media sosial ‘OMGxBH’, Cik Nur Sabrina Masri, mengendalikan bengkel penciptaan kandungan digital kepada mahasiswa yang terdiri daripada anggota Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS). - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Selain itu, OMGxBH juga menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak untuk memperluas jangkauan dan membina hubungan yang lebih erat dengan masyarakat muda. 

Antara penglibatan pada 2025 adalah sebagai rakan media rasmi Festival Dikir Singapura di Wisma Geylang Serai (WGS) anjuran Serumpun DK SG dengan kerjasama WGS.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (empat dari kanan); Editor Berita Harian (BH), Encik Nazry Mokhtar (lima dari kanan); Editor Audiens dan Perkembangan BH, Cik Norhaiza Hashim (enam dari kanan), bergambar bersama di reruai cabang audiens muda BH, ‘OMGxBH’, di Wisma Geylang Serai (WGS) semasa acara sulung Festival Dikir Singapura 2025. Turut hadir ialah pasukan ‘OMGxBH’, (dari kiri) Cik Farah Ashirin Sahrin; Wartawan Video ‘OMGxBH’, Encik Putra Nur Haiqal Sallehuddin; Pereka Digital BH, Raja Nurul Huda Raja Ahmad; Eksekutif Penjenamaan dan Promosi BH, Cik Ismawati Ismail; Timbalan Editor Audiens dan Perkembangan, Cik Rabiatul Adawiya Binhan; Penerbit Media Sosial, Cik Nur Sabrina Masri; Pengurus, (Pengaturcaraan dan Perkongsian Bersepadu) Persatuan Rakyat (PA), Cik Siti Zuraidah Taib; dan penggiat seni, Encik Firdaus Faisal.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (empat dari kanan); Editor Berita Harian (BH), Encik Nazry Mokhtar (lima dari kanan); Editor Audiens dan Perkembangan BH, Cik Norhaiza Hashim (enam dari kanan), bergambar bersama di reruai cabang audiens muda BH, ‘OMGxBH’, di Wisma Geylang Serai (WGS) semasa acara sulung Festival Dikir Singapura 2025. Turut hadir ialah pasukan ‘OMGxBH’, (dari kiri) Cik Farah Ashirin Sahrin; Wartawan Video ‘OMGxBH’, Encik Putra Nur Haiqal Sallehuddin; Pereka Digital BH, Raja Nurul Huda Raja Ahmad; Eksekutif Penjenamaan dan Promosi BH, Cik Ismawati Ismail; Timbalan Editor Audiens dan Perkembangan, Cik Rabiatul Adawiya Binhan; Penerbit Media Sosial, Cik Nur Sabrina Masri; Pengurus, (Pengaturcaraan dan Perkongsian Bersepadu) Persatuan Rakyat (PA), Cik Siti Zuraidah Taib; dan penggiat seni, Encik Firdaus Faisal. - Foto fail

Buat julung-julung kalinya, OMGxBH menganjurkan perjumpaan Hari Raya di Kampung Lorong Buangkok sebagai tanda penghargaan kepada pengikut setia.  

Editor Audiens dan Perkembangan Berita Harian (BH), Cik Norhaiza Hashim (kiri), menyampaikan hadiah kepada pemenang permainan berkumpulan di majlis perjumpaan Hari Raya anjuran ‘OMGxBH’ di Kampung Lorong Buangkok.
Editor Audiens dan Perkembangan Berita Harian (BH), Cik Norhaiza Hashim (kiri), menyampaikan hadiah kepada pemenang permainan berkumpulan di majlis perjumpaan Hari Raya anjuran ‘OMGxBH’ di Kampung Lorong Buangkok. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Acara yang dihadiri 60 golongan muda itu menawarkan pengalaman unik, dengan anak muda dapat menikmati suasana meriah beraya di kampung, makan nasi ambeng sedulang, bermain bunga api, mencuba permainan tradisional dan memupuk semangat muhibah. 

Acara itu adalah sebahagian usaha OMGxBH untuk menggabungkan media, budaya dan keterlibatan akar umbi dalam bentuk yang segar namun tetap menghargai warisan.

Pada 2026, OMGxBH akan terus berusaha mendekati lebih ramai generasi muda di Singapura demi membina masyarakat audiens muda Melayu yang kukuh untuk jangka masa panjang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg