Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Permohonan kemasukan langsung sekolah menengah, JC mulai 7 Mei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan kemasukan langsung sekolah menengah, JC mulai 7 Mei

May 06, 2024 | 05:48 PM



Pelajar yang berminat untuk memohon masuk secara langsung ke sekolah menengah dan maktab rendah (JC) boleh berbuat demikian mulai 7 Mei.

Permohonan kemasukan awal ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pula dibuka pada 21 Mei, manakala ke politeknik pula bermula pada 3 Jun.

Dalam satu kenyataan pada 6 Mei, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung (DSA) membolehkan pelajar mendapat tempat di sekolah menengah dan JC berdasarkan minat, kebolehan dan potensi, melebihi prestasi mereka dalam peperiksaan kebangsaan.

Kementerian itu menambah bahawa sekolah menengah dan JC boleh menerima sehingga 20 peratus pelajar mereka melalui DSA. Bilangan sekolah yang mengambil bahagian dalam DSA 2024 tidak dinyatakan.

Dalam satu jawapan di Parlimen pada Februari, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing berkata bilangan murid yang diterima masuk ke sekolah menengah melalui DSA telah meningkat daripada kira-kira 3,500 pada 2019 kepada kira-kira 4,400 pada 2023.

Pelajar yang mengambil bahagian dalam DSA masih diwajibkan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) atau peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’.

Sekiranya permohonan DSA mereka berjaya, pelajar akan dimaklumkan oleh sekolah permohonan mereka, dan perlu memutuskan sama ada untuk menerima tawaran itu ataupun tidak sebelum keputusan peperiksaan mereka dikeluarkan, kata MOE.

Pelajar yang menerima tawaran DSA akan mendapat tempat di sekolah menengah yang mereka mohon, dengan syarat keputusan PSLE ​​mereka memenuhi keperluan minimum bagi kumpulan penempatan yang sekolah tersebut terima.


Ini ditambah dengan pelaksanaan Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (full subject-based banding) yang bermula dari kohort Menengah 1 2024, dengan pelajar mengambil mata pelajaran pada tahap lebih tinggi atau lebih rendah berdasarkan kekuatan mereka. Pelajar akan ditempatkan kepada tiga kumpulan – G1, G2 atau G3.


G1 seperti aliran Normal (Teknikal), G2 seperti Normal (Akademik) dan standard G3 seperti Ekspres.

Begitu juga bagi yang memohon untuk ke JC, tempat mereka akan dijamin dengan syarat keputusan GCE peringkat ‘O’ mereka memenuhi syarat kemasukan minimum.

Apabila tawaran kemasukan melalui DSA diterima, pelajar tidak dibenarkan menyertai pengeposan S1, Pendaftaran Kemasukan Bersama, atau berpindah ke sekolah lain selepas memperoleh keputusan peperiksaan mereka.

Ibu bapa dan murid sekolah rendah boleh membuat permohonan DSA melalui www.moe.gov.sg/dsa-sec dari 11 pagi pada 7 Mei hingga 3 petang pada 3 Jun.

Pemohon hanya perlu mengisi satu borang dalam talian yang memberi tiga pilihan sekolah dan bidang bakat yang ditawarkan sekolah itu. Pemohon boleh memohon ke sekolah yang sama sebanyak dua kali sahaja.

Pelajar yang memohon DSA untuk ke JC boleh layari www.moe.gov.sg/dsa-jc untuk maklumat lanjut atau ke laman web JC itu sendiri untuk tempoh permohonan, prosedur dan kriteria pemilihan kerana setiap sekolah mempunyai kriteria berbeza.

Di bawah Pendaftaran Kemasukan Awal (EAE), pelajar GCE ‘O’ dan ITE yang sudah tamat pengajian dan permohonan mereka berjaya akan menerima tawaran bersyarat sebelum keputusan peperiksaan mereka dikeluarkan.

EAE menyediakan laluan untuk pemohon dipertimbangkan bukan berdasarkan gred akademik, tetapi berdasarkan kebolehan dan minat mereka dalam kursus tertentu.

Pelajar tahun akhir di ITE boleh membuat permohonan EAE ke politeknik dari 6 Jun hingga 12 Jun, manakala pelajar peringkat ‘O’ boleh memohon dari 20 Jun hingga 26 Jun. Maklumat lanjut boleh didapati di https://eae.polytechnic.edu.sg/

Pemohon yang berjaya akan diberi tawaran bersyarat sebelum menerima keputusan peperiksaan akhir mereka. Untuk tawaran bersyarat itu diterima, keputusan mereka mesti memenuhi syarat kemasukan minimum untuk kursus politeknik yang ditawarkan. Syarat-syarat itu boleh didapati di laman web politeknik masing-masing.

Pelajar yang menerima tawaran melalui EAE Politeknik dan telah mengesahkan tempat mereka tidak dibenarkan menyertai pendaftaran kemasukan politeknik yang lain atau berpindah kursus.

Pelajar yang menamatkan pengajian peringkat GCE ‘N’ dan ‘O’ dan ingin memohon kemasukan awal ke kursus Nitec dan Nitec Lanjutan harus menjalani proses yang sama. Tempoh permohonan adalah dari 21 Mei hingga 28 Mei.

Bagi yang sudah bekerja dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja juga boleh menyertai EAE. Tempoh permohonan masuk ke politeknik adalah dari 3 Jun hingga 30 Jun manakala ke ITE pula dari 21 hingga 28 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >