Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permohonan TAA 2025 dibuka, guna borang baru

Nov 24, 2024 | 5:30 AM
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap
Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan, berbaju cerah), menyantuni hadirin pada majlis pengagihan Dana Aidilfitri TAA 2024 di Celebfest pada Ramadan  2024 lalu.
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan, berbaju cerah), menyantuni hadirin pada majlis pengagihan Dana Aidilfitri TAA 2024 di Celebfest pada Ramadan 2024 lalu. - Foto TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan mula membuka permohonan melalui borang baru ‘SEPADU’, untuk menerima Dana Aidilfitri TAA dari Isnin, 25 November 2024 hingga Jumaat, 13 Disember 2024.

SEPADU atau Borang Permohonan Bersepadu Untuk Bantuan Sosial dan Kewangan 2025 adalah borang untuk bantuan sosial dan kewangan daripada lima badan iaitu Tabung Amal Aidifiltri (TAA), Pertapis, Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC), Persekutuan India Muslim (FIM), dan Persatuan Muslim India Bersatu (UIMA).

Dengan borang SEPADU, pemohon yang memenuhi kriteria kelayakan akan mendapat bantuan daripada sekurang-kurangnya satu daripada lima badan tersebut.

Setiap badan mempunyai syarat kriteria kelayakan tersendiri bagi pemohon yang layak menerima bantuan daripadanya. Bagi TAA, kriteria kelayakannya sama dengan kriteria yang dimaklumkan pada tahun-tahun sebelum ini iaitu:

* Pemohon hendaklah memegang kad pengenalan Singapura berwarna merah atau biru.

* Hanya seorang pemohon daripada keluarga yang tinggal serumah dibenarkan memohon.

* Pemohon harus berumur 29 tahun dan ke atas.

* Pendapatan Per Kapita (PCI) tidak melebihi $500 dan / atau jumlah pendapatan keluarga serumah tidak melebihi $1,500.

* Mereka yang berada di penjara, pusat pemulihan atau rumah tumpangan tidak layak memohon.

Pemohon dinasihatkan supaya memeriksa laman kelima-lima badan berkeaan bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai jenis bantuan dan program yang disediakan dari masa ke masa.

“Diharapkan dengan adanya daya usaha SEPADU yang menggembleng lima badan ini akan dapat menyelaraskan pengagihan pada tahun ini,” jelas Pengurus Besar TAA, Encik Mohd Yahya Zakaria.

Tambahnya: “Usaha ini dapat menjimatkan tenaga kerja dan sumber lain. Apa yang lebih penting, ia juga dapat memudahkan pemohon supaya tidak perlu pergi dari sebuah pertubuhan ke pertubuhan lain.”

Pada tahun 2023, TAA menerima sebanyak 3,235 permohonan dan 3,045 telah diluluskan.

TAA mengagihkan $1,392,500 pada Ramadan lalu kepada pemohon yang layak dengan 97 peratus (2,962) menerima kuantum $450 setiap isi rumah manakala selebihnya menerima $400.

Di mana dapatkan borang SEPADU?

– Selain Pejabat TAA, borang boleh diambil di 15 masjid satelit di seluruh negara dan di premis Badan-badan Melayu Islam (MMO) terpilih.

– Pemohon juga boleh memuat turun dan mencetak borang versi PDF daripada laman www.taa.org.sg/apply

Di mana dan bagaimana menghantar borang?

– Pemohon digalakkan menghantar borang asal dan salinan semua dokumen sokongan ke Pejabat TAA di Blok 2, Jalan Joo Chiat, #04-1121, Kompleks Joo Chiat, Singapura 420002.

– Pilihan lain, mereka boleh menyerahkan borang ke pejabat TAA secara peribadi di mana TAA mempunyai pegawai untuk membantu menyemak permohonan untuk memastikan ia lengkap.

* Segala pertanyaan boleh diajukan kepada TAA di talian 6748-8177 atau e-mel kepada info@taa.org.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg