PERNIAGAAN kecil-kecilan di rumah (HBB) akan dibenarkan beroperasi semula, namun hanya bagi penghantaran atau pengambilan tempahan mulai 12 Mei ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya hari ini.
Bagaimanapun, jamuan privet di rumah tidak akan dibenarkan.
"Penghantaran dan pengambilan tempahan makanan harus dilakukan dalam cara yang selamat dan tiada sentuhan dan menerusi janji temu agar ia boleh dijarakkan dan tidak terdapat orang yang berkumpul.
"Butiran akan diberikan secara berasingan," kata MOH.
HBB merupakan antara perkhidmatan yang akan dibenarkan beroperasi semula mulai 12 Mei ini.
Yang lain termasuk:
- Perkilangan dan persiapan semua makanan di premis pekerjaan, seperti kek dan aiskrim serta produk coklat; - Cawangan kedai makanan, seperti kek, snek dibungkus dan pencuci mulut, boleh dibuka untuk pelanggan membawa pulang makanan dan penghantaran makanan saja; - Khidmat dobi runcit; - Kedai gunting rambut bagi khidmat gunting rambut asas; dan - Kedai bekalan untuk haiwan peliharaan.
Senarai kegiatan yang akan dibenarkan beroperasi dan maklumat lanjut akan dikemas kini di laman https://covid.gobusiness.gov.sg/essentialservices/.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg