Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Persatuan Ain lancar 2 skim baru taja keperluan kanak-kanak hidap barah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Ain lancar 2 skim baru taja keperluan kanak-kanak hidap barah

Mar 26, 2024 | 06:19 PM



Demi menawarkan lebih banyak sokongan kepada kanak-kanak dan remaja yang menghidap barah, Persatuan Ain telah melancarkan dua skim baru pada 26 Mac bagi membolehkan orang ramai mengambil ‘anak angkat’ dengan menaja keperluan kewangan mereka.

Dipanggil Rimbunan Pelangi, ia merupakan skim pertama yang melibatkan penajaan kewangan sebanyak $400 sebulan sepanjang tempoh 12 bulan bagi menyokong keluarga yang menghadapi cabaran membesarkan anak yang menghidap barah.


Skim kedua pula berupa dana penjagaan dan pendidikan khas bagi menawarkan bantuan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang berpunca daripada barah.

Skim tersebut dilancarkan dalam satu acara di pusat Jagaan Barah Serenity di Haig Road oleh penaung Persatuan Ain yang juga mantan Presiden, Puan Halimah Yacob.

Mereka yang berminat menyertai skim itu boleh menghubungi Persatuan Ain, berkunjung ke pusat mereka, atau melungsuri laman webnya untuk membuat permohonan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail, ketika ditemui, memberitahu Berita Harian, sejauh ini terdapat lapan orang, termasuk Puan Halimah, yang telah menyertai skim tersebut sebagai penaja.


Beliau menambah, kebanyakan penerima menghidap barah jenis leukemia.


“Skim ini disediakan sebab ada keperluan tempoh jangka panjang bagi kanak-kanak yang menghidap barah yang masih memerlukan bantuan meskipun sudah pulih atau tamat rawatan,” ujar Encik Yusof.

Beliau menambah bahawa bilangan penerima juga bakal meningkat.


“Terdapat kesan tertentu dari segi kesihatan, pembangunan emosi dan psikososial bagi kanak-kanak yang menghidap barah pada usia muda, yang hanya muncul pada usia lebih lewat, dan kami perlukan bantuan orang awam agar terus memantau dan memberi sokongan kepada mereka agar mereka juga tidak rasa terpinggir.”


Selain menaja wang, peserta skim tersebut juga diberi peluang untuk bertemu dengan ‘anak angkat’ mereka sekali setiap tiga bulan, dan sebuah ruang bagi kanak-kanak dan remaja bakal disediakan di pusat Persatuan Ain di Eunos sebagai sebahagian daripada usaha menyokong daya usaha itu, kata Encik Yusof.


Puan Halimah berkata beliau mengalu-alukan inisiatif itu memandangkan beban besar yang perlu dipikul keluarga yang mempunyai anak yang menghidap barah, meliputi keperluan kewangan bagi menampung kos rawatan serta sokongan emosi dan sosial.

“Saya berharap lebih ramai yang akan dapat membantu mereka dengan mengambil bahagian di bawah skim ini dan dapat juga mengikut perkembangan kanak-kanak tersebut,” ujarnya.

Persatuan Ain turut mengumumkan bahawa tokokan bantuan kewangan berjumlah $130,000 bagi lebih 600 penerima – naik 62.5 peratus berbanding $80,000 pada 2023.


Dengan penambahan itu, penerima diberi wang sehingga $400, bekalan makanan dan kuih Raya sempena persiapan Aidilfitri.


Satu lagi bantuan kewangan tambahan dipanggil Dana Kos Sara Hidup atau COLcare berjumlah $60,000 akan turut diagih pada hujung 2024 bagi membantu mengurangkan beban ekoran peningkatan kos sara hidup bagi keluarga yang anggotanya menghidap barah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >