Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki hidap barah risau nasib anak angkat tidak ada kerakyatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki hidap barah risau nasib anak angkat tidak ada kerakyatan

Feb 01, 2024 | 11:59 AM



Berat badannya menurun secara drastik sejak ditimpa sakit. Keadaannya yang sangat kurus menyebabkan beliau terpaksa memakai tali pinggang ‘suspenders’ untuk menahan seluar dari melorot akibat pinggangnya yang terlalu ramping.

Dari berat badannya yang sederhana 55 hingga 60 kilogram, kini berat badan Encik Rosli Rais, 59 tahun, sudah menjunam ke 42 kilogram setelah melalui rawatan kemoterapi akibat kanser paru-paru.

Selain masalah berat badan dan menanggung derita kanser tahap ketiga sejak penghujung tahun 2021, Encik Rosli juga menanggung beban sulit, menjaga seorang remaja ‘S’ yang sudah dianggapnya sebagai anak sendiri sejak umurnya dua bulan lagi.

‘S’ dilahirkan 16 tahun lalu dan pada waktu itu, ibu kandungnya, Cik ‘N’ terpaksa mencari penjaga untuk bayi baru lahir itu kerana tidak mampu menanggung beban memeliharanya.

Bapa kandung anak itu, seorang warga Nigeria terpaksa pulang ke negaranya dan Encik Rosli, seorang bujang, menyahut permintaan Cik ‘N’ dan menjaga ‘S’ seperti anaknya sendiri.

Cik ‘N’ pula ialah pemegang kad pengenalan biru dan dalam kad pengenalan itu, negara asalnya tidak diketahui.

Malangnya, status ‘S’ yang tidak mempunyai kewarganegaraan akibat status ibu bapanya - menyulitkan keadaan dan walaupun Encik Rosli mengasuhnya dari kecil, beliau tidak dapat dijadikan ‘bapa angkat’ rasmi dan sekadar ‘penjaga sah’ bagi ‘S’.

“Sekarang saya sudah menghidap kanser tahap ketiga, dan saya risaukan keadaan ‘S’ jika apa-apa terjadi pada saya,” kata Encik Rosli yang tinggal bersama adik perempuan dan ibu saudaranya, di flat empat bilik di Tampines.

Encik Rosli sekarang bekerja di rumah warga emas dan membawa pulang gaji $1,400 setiap bulan. Menurut Encik Rosli, yuran sekolah untuk ‘S’ ialah $325 selepas subsidi, kerana beliau bukan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

Menurut laman web Kementerian Pendidikan (MOE), bayaran yuran untuk penduduk asing bukan dari negara Asean bagi pelajar sekolah menengah ialah $1,770 untuk seorang.

Beliau juga telah melalui beberapa rawatan kemoterapi dan radioterapi sejak awal 2022 dan berkongsi doktor sudah memberinya dua pilihan untuk rawatan lanjutan, iaitu sama ada beliau akan menjalani pembedahan atau menerima perubatan seumur hidup.

Kos menjalani rawatan perubatan mencapai $8,000 untuk setiap sesi yang perlu dijalani sekali setiap tiga minggu.

“Saya beruntung sebab saya ada insurans yang membiayai kos perubatan dan rawatan kemoterapi, tetapi setelah setiap sesi, saya akan rasa penat, dan perlu ambil cuti, dan tentulah gaji saya akan dipotong.

“Setakat ini, saya mampu membayar yuran sekolah dan keperluan ‘S’ dan adik saya juga membantu kos menampung kehidupan kami,” kata Encik Rosli lagi.

Malangnya, nasib ‘S’ masih menjadi tanda soal. Beliau juga mempunyai seorang kakak kandung berusia 18 tahun yang melalui nasib yang sama.

“Saya betul-betul ingin ‘S’ menjadi warga negara Singapura dan memastikan hidupnya tidak terumbang-ambing sekiranya saya pergi. Ibu kandungnya juga sedang menghidap penyakit kanser tahap empat, dan ini juga membuat saya runsing, kerana risau tidak sempat untuk membantu ‘S’ dengan situasinya,” terang Encik Rosli.

Selain bantuan adiknya, Encik Rosli mengaku menerima bantuan bulanan dari Persatuan Ain, dan juga dari kumpulan sukarelawan IM Volunteers Network SG yang pernah memberinya $700 semasa beliau memerlukan. Mereka juga menghantar barang makanan kepada keluarga Encik Rosli pada setiap bulan dan ini membantu keluarganya.

IM Volunteers Network SG juga sedang mengumpul dana dalam inisiatif pada bulan Ramadan akan datang, untuk membantu keluarga susah seperti keluarga Encik Rosli, memberikan mereka makanan berbuka puasa sepanjang Ramadan.

“Dengan bantuan IM Volunteers Network SG, ringan juga beban saya sedikit terutama dalam keadaan saya yang kadangkala tidak dapat bekerja.”

Pada waktu ini, Berita Harian (BH) diberitahu Cik ‘N’ sedang meminta pertolongan dari badan AWWA untuk membantu statusnya dan anak-anaknya yang masih dianggap ‘tidak ada kewarganegaraan’ dan menginap di Singapura.

Pada sesiapa yang berminat untuk menyumbang ke ‘Sponsor-An-Iftar’ oleh IM Volunteers Network SG, sila lungsuri ke laman IG mereka atau buat pembayaran PayNow ke UEN 53455085A. Setiap $20 dapat memberi juadah berbuka puasa buat empat orang dalam satu keluarga.

Kumpulan ini menyasarkan untuk membantu lebih 800 isi rumah di kawasan Marsiling, Choa Chu Kang, Tampines dan Ang Mo Kio.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >