Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan Golf S’pura akan lancar kejohanan baru untuk pemain junior

Dec 29, 2023 | 6:46 PM
CUNGKIL BAKAT MUDA: Pemain golf kategori junior di sini, yang berusia dari lima hingga 14 tahun, berpeluang menyertai lebih banyak kejohanan golf pada 2024.
CUNGKIL BAKAT MUDA: Pemain golf kategori junior di sini, yang berusia dari lima hingga 14 tahun, berpeluang menyertai lebih banyak kejohanan golf pada 2024. - Foto PERSATUAN GOLF SINGAPURA

Pemain golf kategori junior di sini, yang berusia dari lima hingga 14 tahun, berpeluang menyertai lebih banyak kejohanan golf pada 2024.

Ini selepas Persatuan Golf Singapura (SGA) dan syarikat peralatan golf tempatan, BFG Golf, mengumumkan pada 27 Disember rancangan mengadakan satu siri baru kejohanan golf untuk kanak-kanak dan remaja.

Daya usaha itu diperkenalkan berikutan kejayaan kejohanan golf antara kelab bagi kategori junior di peringkat nasional, menurut The Straits Times (ST).

Lebih 30 kejohanan golf akan diadakan di pelbagai padang golf, termasuk Seletar, Tanah Merah, Sembawang, Orchid Country Club dan Singapore Island Country Club, mulai Februari untuk pemain kanak-kanak hingga remaja berusia 14 tahun.

Mereka akan mendapat ranking berdasarkan senarai merit Pembangunan Junior SGA (Jdoom) – satu sistem mata berasaskan prestasi.

Sistem itu bakal menjadi kriteria pemilihan bagi skuad junior masa depan SGA, dan bagi kejohanan junior antarabangsa.

Lima pemain junior lelaki dan perempuan yang terbaik daripada divisyen A, B dan C berdasarkan kriteria Jdoom akan bertanding di perlawanan akhir di Kelab Golf Sentosa pada 10 Disember 2024.

Presiden SGA, Encik Tan Chong Huat, berharap siri kejohanan golf itu akan dapat menarik lebih ramai pemain golf muda yang berbakat.

Beliau berkata: “2024 dijangka menjadi musim menarik yang bakal membentuk pembangunan dan pertumbuhan dalam arena golf junior di Singapura dengan cara yang amat positif.

“Dengan kerjasama BFG Golf, kami mewujudkan laluan untuk pemain golf junior mencapai potensi mereka sepenuhnya, dan pada masa sama, mencungkil bakat muda golf.”

Sebelum ini, BFG telah mengikrarkan bantuan kewangan kepada SGA, dengan menyumbang sekitar $250,000 bagi program golf junior.

Bayaran penyertaan bagi kejohanan itu adalah $25 hingga $60 untuk pemain bukan dalam skuad masa depan SGA.

Untuk maklumat lanjut boleh didapatkan di golfgenius.com/pages/10131316618857312325

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg