Semua persiapan bagi musim haji 2026 berjalan lancar tanpa gangguan, dan pemerintah akan terus memantau dengan teliti perkembangan di Timur Tengah, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Ketika ditanya tentang rancangan haji semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) mengenai ehwal masyarakat Islam di Parlimen pada 5 Mac, beliau menjelaskan bahawa pemerintah berhubung rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi perkembangan terkini.

“Yang paling penting, keselamatan jemaah kita tetap menjadi keutamaan kami,” kata beliau.