Premium
Pertama kali gagal PSLE, dorong cuba kali kedua
Murid Darjah 6 daripada latar belakang berbeza menerima keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) baru-baru ini. BERITA HARIAN berbual dengan beberapa murid untuk mengetahui bagaimanakah mereka berjaya mengatasi cabaran untuk cemerlang dalam PSLE.
Dec 11, 2023 | 5:30 AM
GEMBIRA: Alya Qaireena Mohamed Rafi (kanan) menerima keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dengan ditemani ibunya, Cik Nurkamaliah Yusoff (kiri). - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Setelah mengetahui beliau gagal Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2022 dan terpaksa mengulangi pendidikan Darjah 6, Alya Qaireena Mohamed Rafi, 13 tahun, bergelut dengan perasaan kurang keyakinan, malu dan takut.
Bagaimanapun, berbekalkan galakan dan bimbingan tekal daripada gurunya, Cik Nur Azlindah Azlan, atau lebih dikenali sebagai ‘Cik Sofian’, murid Sekolah Rendah Xingnan di Jurong West itu secara beransur-ansur memperoleh semula keyakinan diri, dan menunjukkan sifat kepimpinan yang baik.
Laporan berkaitan
Lemah deria tidak hambat murid madrasah lulus PSLE Nov 22, 2023 | 7:31 PM
98.4% murid Darjah 6 jaya masuk sekolah menengahNov 22, 2023 | 5:45 PM

