Perumahan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

JTC akan tambak 49 hektar tanah di Lorong Halus untuk penuhi keperluan masa depan, industri

May 16, 2025 | 4:53 PM
Jeti sedia ada di Lorong Halus, yang kini digunakan untuk keperluan ternakan ikan di Pasir Ris dan Selat Johor Timur, akan diganti sebagai sebahagian daripada kerja-kerja penambakan Lorong Halus.
Jeti sedia ada di Lorong Halus, yang kini digunakan untuk keperluan ternakan ikan di Pasir Ris dan Selat Johor Timur, akan diganti sebagai sebahagian daripada kerja-kerja penambakan Lorong Halus. - Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAP

Kawasan sekitar 49 hektar akan ditambak di perairan Lorong Halus di Pasir Ris oleh syarikat pemaju industri Perbadanan Bandar Jurong (JTC) bagi memenuhi keperluan masa depan, termasuk untuk kegunaan industri.

Penghasilan plot seluas kira-kira saiz 11 padang bola itu dijangka menjejas pengunjung ke jeti Pasir Ris dan Lorong Halus, dengan kesan kecil pada rumpai laut dan pohon bakau berhampiran, menurut penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang dilihat The Straits Times (ST) pada Mac.

Jeti itu, yang kini digunakan untuk keperluan ternakan ikan di Pasir Ris dan Selat Johor Timur, akan digantikan dengan dua jeti baru bagi akses dan operasi marin, kata JTC pada 16 Mei sebagai menjawab pertanyaan ST.

Ia berkata tiada tarikh ditetapkan bagi penambakan kerana ia sedang mengkaji hasil dapatan dan cadangan penilaian itu, serta maklum balas orang ramai.

“Kerja-kerja penambakan hanya akan diteruskan selepas laporan EIA dan rancangan pembangunan dimuktamadkan. Belum ada garis masa yang ditetapkan.

“Ini bagi memastikan semua pertimbangan alam sekitar dan keperluan perancangan ditangani secara menyeluruh sebelum kerja-kerja dimulakan,” tambahnya.

Kawasan tanah tambak itu telah ditetapkan bagi tujuan perindustrian dan tujuan tertentu dalam Pelan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), yang melakar pembangunan Singapura dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Apabila siap, salah satu jeti baru akan terletak di sempadan barat kawasan itu, dengan akses laluan di sepanjang garis pantai sekarang yang menghubungkan Taman Perindustrian Pasir Ris Coast dan jeti baru.

Satu lagi jeti bagi menggantikan jeti di Pasir Ris akan dibina di tenggara kawasan itu.

JTC berkata penambakan itu dijangka memberi impak kecil terhadap hidupan rumpai laut berhampiran dan pohon bakau yang membolehkan habitat tersebut hidup subur.

Ini dijangka memberi manfaat kepada beberapa ekosistem yang terjejas ekoran pembentukan rumput laut baru dan arus lebih deras dijangka membantu meningkatkan penyebaran bakau di utara dan selatan Pulau Ubin, tambahnya.

Penilaian itu membuat kesimpulan bahawa kerja-kerja yang dicadangkan tidak akan mengakibatkan sebarang kehilangan spesies flora di sepanjang pantai Lorong Halus dan Pasir Ris.

Pantai di Taman Pasir Ris tidak mungkin terjejas oleh pemendapan jangka panjang dan hakisan daripada penambakan.

JTC turut merancang membangun dan melaksanakan langkah-langkah yang mengurangkan kesan terhadap hidupan liar dan alam sekitar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg