Singapura mengorak langkah penting ke arah mewujudkan tempat kerja lebih adil dan saksama dengan mengusulkan rangka kerja undang-undang yang bakal memperkukuh usaha menentang diskriminasi.

Rangka kerja Perundangan Keadilan di Tempat Kerja (WFL) – yang sudah lama dinantikan –merupakan perundangan pertama Singapura yang diusulkan bagi memberi pekerja perlindungan tambahan daripada diskriminasi dan memastikan kesaksamaan di tempat kerja. Ia dijangka berkuat kuasa Julai 2024.