Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30

Pesakit lumpuh kembali ‘berjalan’ selepas implan tulang belakang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit lumpuh kembali ‘berjalan’ selepas implan tulang belakang

Dec 01, 2023 | 08:30 PM



Encik Asyraf Ghazali ditimpa satu kemalangan motosikal yang merampas zaman belianya lima tahun lalu apabila beliau disahkan lumpuh dari bawah dada hingga ke hujung kaki.

Menurut pemuda berusia 28 tahun itu, kejadian yang berlaku dua bulan sebelum beliau tamat Perkhidmatan Negara (NS) itu turut meragut cita-citanya menjadi seorang pramugara atau penyelia sektor binaan.

Namun pada awal 2023, penasihat kewangan itu akhirnya diberi satu berita yang memberi harapan kepadanya untuk bergerak semula. Beliau telah menjalani satu percubaan klinikal baru di sini yang telah membolehkannya ‘berjalan’ dengan penyeliaan sejak Ogos 2023.


“Sekarang saya boleh bantu isteri saya ambilkan barang di atas rak-rak tinggi di rumah,” katanya dengan berseloroh ketika ditemui, yang telah berumahtangga pada 2020.







Sejak Januari, Encik Asyraf menyertai percubaan Pemulihan Fungsi Rehabilitasi menerusi Perangsang Epidural Tulang Belakang (Restores) dijalankan bersama Hospital Tan Tock Seng, Institut Neurosains Kebangsaan dan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A * STAR).

Ia bermatlamat mengembalikan fungsi pergerakan bagi pesakit kecederaan kord tulang belakang (SCI) Gred Asia ‘A’ – yang hilang sepenuhnya keupayaan pergerakan.

Percubaan itu melibatkan sejenis implan berbentuk elektrod atau pengalir kuasa elektrik, yang dipasangkan di atas permukaan tulang belakang menerusi pembedahan yang memberangsangkan isyarat daripada otak agar dapat menggerakkan bahagian tubuh yang tidak berfungsi lagi.

Ini kerana apabila kecederaan SCI berlaku, kerosakan kepada tulang belakang di tempat kecederaan akan mengganggu keupayaan penghantaran isyarat daripada otak berfungsi untuk dapat menyuruh tubuh bergerak, lantas menyebabkan keadaan lumpuh.







Alat elektrod itu, yang berukuran jari kecil berfungsi sebagai “jambatan” bagi isyarat itu disebarkan kepada kawasan tubuh yang rosak dan boleh dikawal menerusi sebuah peranti digital yang dapat mengubah kuasa alat itu menurut keperluan pesakit.







TTSH telah merekrut dua peserta sejak Disember 2022, termasuk Encik Asyraf.

Ia akan menerima peserta ketiga pada masa akan datang.

Encik Asyraf berkata beliau berasa ghairah apabila mendapat tahu tentang percubaan itu oleh doktornya pada Januari ketika menjalani reviu tahunan tentang keadaan lumpuhnya.

“Saya hanya mengangguk dan ucapkan ‘ya’ sahaja kepada doktor sebab akhirnya saya mahu lihat perubahan dalam hidup saya!” katanya dengan senyuman lebar.

Sebelum ini Encik Asyraf sudah tahu tentang kaedah rawatan implan itu yang dijalankan di luar negara selepas membuat kajian di Internet.

Malah beliau pernah membuat permohonan untuk menyertai satu percubaan klinikal serupa yang dijalankan di Thailand beberapa tahun lalu, namun permohonannya tidak diterima.

Di sini, percubaan Restores melibatkan sesi prahabilitasi sepanjang sebulan sebelum pembedahan, disusuli pemulihan intensif sepanjang lima hingga tujuh bulan.

Ini termasuk latihan mengingat semula cara menggerakkan tubuh dan latihan menguatkan otot.







Encik Asyraf berkata beliau pertama kali melihat jari kakinya bergerak ketika menjalani latihan itu selepas pembedahan.

Beliau beliau hampir tidak percaya jari kakinya bergerak selepas lima tahun lumpuh, katanya.

“Saya tak tahu sama ada ia benar-benar saya yang sedang menggerakkan kaki saya atau kuasa implan itu,” katanya.

“Tapi doktor beritahu, sebahagian besar pergerakan itu datang daripada saya.”

Kini Encik Asyraf mampu bangun daripada kerusi roda sendiri dan boleh berjalan sehingga lebih 30 meter sambil diselia.







Beliau juga berkata, sejak menjalani percubaan ini, beliau dapat menjalankan tugas seharian di rumah dengan lebih mudah, antaranya untuk membantu isterinya melakukan tugas rumah tertentu.

“Sebelum ini saya rasa hampa bila isteri saya tak dapat ambil barang daripada rak-rak tinggi dan saya tak dapat membantu. Padahal saya lebih tinggi daripadanya,” ujar Encik Asyraf

“Sekarang selepas saya boleh kembali berdiri sendiri, itu bukan masalah lagi,” tambahnya dengan berseloroh.

Menurut penyelidik utama percubaan Restores, Dr Wan Kai Rui, percubaan tersebut kini masih berada dalam fasa pertama, dan pihaknya akan berganding bahu dengan rakan industri untuk mencari huraian mengembalikan fungsi deria – aspek penting bagi mengembalikan keupayaan pesakit lumpuh.

Ini sebab pesakit harus berupaya merasakan lantai yang dipijak, agar mereka lebih sedar terhadap persekitaran mereka dan supaya mereka dapat bergerak secara berdikari dengan lebih selamat.

Namun ini tidak langsung tidak menghampakan Encik Asyraf, malah beliau berharap agar teknologi terus berkembang bagi membantu pesakit lumpuh sepertinya.

“Saya pun mahu memberi inspirasi kepada pesakit lumpuh lain supaya jangan berputus asa.

“Dan jika ada teknologi baru yang dapat memberi lebih manfaat kepada kami, sudah tentu saya akan menyertai percubaannya tanpa ragu-ragu,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >