Pesawat RSAF bawa pulang rakyat S’pura berlepas dari Pangkalan Udara Changi ke Riyadh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesawat RSAF bawa pulang rakyat S’pura berlepas dari Pangkalan Udara Changi ke Riyadh

Mar 10, 2026 | 9:13 AM

Pesawat RSAF bawa pulang rakyat S’pura berlepas dari Pangkalan Udara Changi ke Riyadh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Encik Zaqy berkata ini adalah misi yang penting dan RSAF akan melakukan yang terbaik untuk memastikan semua orang pulang dengan selamat
Encik Zaqy berkata ini adalah misi yang penting dan RSAF akan melakukan yang terbaik untuk memastikan semua orang pulang dengan selamat - Foto Facebook Zaqy Mohamad

Menteri Kanan Negara (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, pada Selasa 10 Mac berkata bahawa pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), yang telah dikerahkan untuk membantu rakyat Singapura yang ingin meninggalkan Timur Tengah, telah berlepas dari Pangkalan Udara Changi awal hari ini menuju ke Riyadh, Arab Saudi.

“Di tengah-tengah kekurangan pilihan komersial yang sesuai, ramai rakyat Singapura telah meminta bantuan untuk pulang ke Singapura, susulan konflik di Timur Tengah,” tulis beliau dalam satu hantaran Facebook yang diterbitkan pada sekitar jam 9.50 pagi.

“Ini adalah misi yang penting dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan semua orang pulang dengan selamat.

“Saya berterima kasih atas komitmen dan keberanian para pegawai lelaki dan wanita RSAF yang menawarkan diri untuk misi ini, walaupun mengetahui bahawa rantau tersebut masih menghadapi serangan.

“Saya berharap agar rakyat Singapura pulang ke tanah air dengan selamat, kembali ke pangkuan keluarga dan orang tersayang.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg