Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Peserta KelasMateMatika naik 74%, Program Tuisyen Mendaki tarik 9,000 pelajar pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peserta KelasMateMatika naik 74%, Program Tuisyen Mendaki tarik 9,000 pelajar pada 2023

Mar 06, 2024 | 06:32 PM



Seramai 3,200 kanak-kanak dan ibu bapa telah mendaftar untuk program KelasMateMatika (KMM) kelolaan Yayasan Mendaki – peningkatan sebanyak 74 peratus dalam pendaftaran pada 2023 berbanding 2022, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Memberi kemas kini di Parlimen semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) pada 6 Mac, Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, berkata seramai 1,700 kanak-kanak dan 1,500 ibu bapa telah mendaftar bagi program tersebut pada 2023, dengan bilangan fasilitator KMM meningkat tiga kali ganda daripada kira-kira 50 pada 2022 kepada lebih 140 pada 2023.

“Penglibatan ibu bapa merupakan tunjang penting bagi KMM, untuk memastikan ibu bapa diperkasa dan yakin untuk menyokong pembelajaran anak-anak mereka.

“Peluasan KMM dapat dilakukan dengan bantuan jangkauan tersasar dan rujukan oleh rakan kongsi seperti pusat khidmat keluarga (FSC), agensi perkhidmatan sosial (SSA) dan M3@Bandar,” kata Encik Zaqy.


Menurut Mendaki, lebih 5,500 kanak-kanak telah meraih manfaat daripada program KMM sejak September 2018. Pada 2023, sebanyak 54 sesi KMM telah dijalankan.

Selain KMM, Encik Zaqy berkata Program Tuisyen Mendaki (MTP) juga menyaksikan peningkatan 14 peratus dalam pendaftaran dari pelajar sekolah rendah dan menengah kepada lebih 9,000 pada 2023, berbanding lima tahun lalu.

“MTP terus menjadi tulang belakang program pendidikan kami. Hari ini, pelajar MTP disokong oleh 100 pusat fizikal dan maya.

“Mendaki juga sentiasa berusaha menambah baik tawaran MTP – seperti mengembangkan mata pelajarannya yang ditawarkan untuk memasukkan Biologi dan Matematik Tambahan,” kata Encik Zaqy.

Menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Encik Fahmi Aliman (GRC Marine Parade) dan Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) tentang rancangan untuk menyokong golongan karyawan dan pekerja Melayu/Islam dengan lebih baik bagi ekonomi masa depan, Encik Zaqy berkata Mendaki sehingga kini telah membentuk sembilan Rangkaian Profesional.

Rangkaian itu meliputi pelbagai industri dalam sektor penjagaan, hijau dan digital, dan Mendaki merancang membentuk empat lagi rangkaian baru dalam bidang seperti penjagaan kesihatan dan media pada 2024, kata Encik Zaqy.

Beliau menambah sehingga 2023, terdapat lebih 450 karyawan Melayu/Islam dalam rangkaian tersebut dan kira-kira 1,000 karyawan Melayu/Islam yang telah menyumbang merentasi daya usaha Mendaki lain seperti sebagai fasilitator KMM, tutor MTP atau mentor belia.

Semasa berucap, Encik Zaqy juga mengumumkan bahawa syarikat Micron Semiconductor akan menyediakan biasiswa selama tiga tahun kepada pelajar kejuruteraan di politeknik, serta latihan amali dan kegiatan pembelajaran untuk pelajar menengah dan pengajian tinggi.

Di bawah kerjasama itu, lima biasiswa untuk pelajar kejuruteraan politeknik akan diberi setiap tahun, dengan setiap pelajar menerima $4,000 setahun. Seramai 15 pelajar akan mendapat manfaat daripada biasiswa itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pada Februari 2023, Mendaki dan MSD Pharma (Singapura) menandatangani perkongsian mentoring korporat selama dua tahun untuk mentor belia sebagai sebahagian daripada Program #amPowered@ITE Mendaki.


Hampir 100 kakitangan MSD Pharma telah dilatih dan lebih 50 telah ditempatkan yang memanfaatkan 120 pelajar tahun satu ITE.

Ini sebagai sebahagian daripada usaha Mendaki untuk melibatkan lebih ramai rakan korporat bagi menyediakan biasiswa kepada pelajar memasuki industri yang berbeza seperti bioperubatan, kewangan, penerbangan dan teknologi.

“Kami menghargai usaha syarikat-syarikat untuk menyediakan sokongan dalam bentuk lain seperti menerusi bimbingan, kepada pelajar kami.

“Lebih 50 kakitangan MSD Pharma, seperti saintis data dan mereka daripada sektor kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber, telah mendaftar sebagai mentor kepada 120 pelajar Insititut Pendidikan Teknikal (ITE) melalui program #amPowered@ITE,” kata Encik Zaqy.

Untuk menyokong tenaga kerja Melayu/Islam Singapura dalam mengemudi peralihan kerjaya dan merebut peluang masa depan, Encik Zaqy menambah bahawa Mendaki bekerja rapat dengan rakan kongsi M3 termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) di bawah bidang tumpuan keempat M3 (FA4) mengenai Pekerjaan dan Kebolehpasaran.


Pada 2023, Mendaki telah merujuk lebih 140 peserta dari W@W ke Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC untuk bimbingan kerjaya dan bantuan pekerjaan, dengan hampir 60 orang berjaya mendapatkan pekerjaan.

Sehingga kini, beliau menambah bahawa lebih 5,000 pekerja Melayu/Islam telah meraih manfaat, termasuk menerima sokongan daripada Penasihat Penjagaan Mendaki dalam pencarian pekerjaan dan keperluan berkaitan kerjaya mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >