Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesona bulan purnama kecil hiasi langit S’pura

May 15, 2025 | 7:30 PM
flower moon, bulan ‘bunga’, kawasan timur
Bulan ‘bunga’ muncul di kawasan timur Singapura pada 13 Mei. - Foto ST

Fenomena bulan ‘bunga’ atau ‘Flower Moon’ yang mewarnai langit Singapura pada 13 Mei malam, telah mencuri perhatian ramai, yang tidak melepaskan peluang untuk merakam dan berkongsi gambar bulan purnama yang indah itu di media sosial.

Peristiwa tersebut merupakan fenomena bulan purnama mikro kedua dan terakhir pada 2025, selepas yang pertama muncul pada 13 April.

Bulan purnama mikro atau lebih kecil, berlaku apabila bulan purnama berada pada titik paling jauh dari bumi dalam orbitnya, menjadikannya kelihatan lebih kecil sedikit dan kurang terang di langit malam.

Ia bertentangan dengan fenomena bulan purnama terbesar atau ‘supermoon’, kerana ia berada pada atau berhampiran titik paling dekat dengan bumi, lapor The Straits Times.

Bulan purnama yang muncul pada Mei dikenali sebagai bulan ‘bunga’ atau ‘Flower Moon’, satu nama yang berasal daripada tradisi masyarakat asli Amerika di hemisfera utara.

Ia melambangkan musim bunga, ketika beraneka jenis bunga berkembang mekar pada Mei.

Walaupun kelihatan kecil sedikit daripada biasa, ia tetap memukau pandangan dengan sinarnya menerangi langit Singapura.

Ia turut menarik perhatian ramai pemerhati bulan yang merakam detik indah itu dan berkongsi gambar di media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Cik Annie Ng, berkongsi gambar bulan yang bersinar indah itu, yang dirakam dari blok kediamannya.

Walaupun kelihatan lebih kecil daripada biasa, sinaran bulan itu jelas lebih indah daripada cahaya lampu yang terpancar dari tingkap apartmen berdekatan.

“Keindahan bulan yang bersinar terang dari 8.44 hingga 9.05 malam (pada 13 Mei),” tulis beliau dalam satu hantaran di Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook, Encik Zul Samian, turut berkongsi gambar bulan tersebut, dengan kapsyen, ‘Sonata Cahaya Bulan’.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg