Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Phoon Huat sokong pembuat kek, kuih-muih Raya dari rumah  

Phoon Huat kongsi kisah pelanggan, daripada mangsa keganasan rumah tangga kepada peniaga kuih, kek yang berjaya
Feb 21, 2025 | 5:30 AM
Berniaga kek dan kuih-muih dari rumah telah membantu Cik Nana Zarina,  mengubah kehidupannya dan keluarga.
Berniaga kek dan kuih-muih dari rumah telah membantu Cik Nana Zarina, mengubah kehidupannya dan keluarga. - Foto PHOON HUAT PTE LTD

Daripada mangsa keganasan rumah tangga kepada peniaga kuih dan kek yang berjaya dari rumah.

Begitulah yang dilalui seorang ibu tunggal yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Nana Zarina, 44 tahun. Beliau merupakan seorang pelanggan setia RedMan oleh Phoon Huat di Bedok.

Pernah terperangkap dalam perkahwinan yang kejam, Cik Nana Zarina kini mendapat ketenangan dengan membuat kek, biskut dan roti serta memasak.

“Apabila anak-anak saya mula menyukai hidangan yang saya sediakan, motivasi saya bertambah kuat,” katanya tentang kegiatan yang bermula sebagai hobi lewat malam ketika anak-anaknya sudah tidur dan kini menjadi sumber kekuatannya.

Beliau kemudian mengambil kursus membuat kuih dan kek di salah satu akademi di sini.

“Saya pergi ke sana (belajar membuat kek dan kuih) kerana saya benar-benar tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut. Saya gagal beberapa kali hanya untuk membakar kek marble yang mudah, resipi yang saya dapati dalam talian.

“Saya tidak pernah menyangka bahawa saya mempunyai ‘jiwa pembuat kek dan roti’ dalam diri saya,” cerita Cik Nana Zarina.

Di akademi tersebut, beliau turut diajar untuk menetapkan niat yang betul, menyediakan kek dan kuih-muih dengan penuh rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Beliau turut digalakkan oleh rakan dan pelanggannya, dan dengan memperhalusi dan mencipta resipinya, beliau mula menjual biskut dan kek melalui dalam talian.

Dengan setiap jualan, dirinya semakin berjaya dan mampu mengukuh serta memantapkan lagi ekonomi keluarganya, selain memulakan hidup baru.

Cik Nana Zarina memilih bahan-bahan untuk kuih-muih, kek dan biskutnya di Red Man oleh Phoon Huat.

Menurut Penolong Pengurus Pemasaran di Phoon Huat, Cik Wendy Lam, firma Phoon Huat berbangga dengan pencapaian ramai pembuat biskut dan kuih di negara ini.

“Di Singapura, membuat roti, kuih-muih, kek atau biskut lebih daripada sekadar mencampurkan tepung dan gula. Ia adalah perjalanan ketabahan, keyakinan dan permulaan baru. Bagi kebanyakan orang Melayu, membakar kuih dan kek telah membuka pintu kepada kebebasan kewangan dan penemuan diri, mengubah minat yang biasa menjadi mata pencarian yang bermakna,” ujarnya.

Syarikat Phoon Huat, tambahnya lagi, berbangga dapat bersama-sama menyokong perjuangan dan perjalanan insan seperti Cik Nana Zarina memperbaiki kehidupan mereka.

Bagi pembuat dan peniaga kek dan roti dari rumah, kraf ini mampu dijadikan sumber keusahawanan yang hebat.

Daripada menjual kuih musiman hingga melancarkan perniagaan di rumah dengan berjaya, ramai yang telah menggunakan kemahiran mereka sebagai sumber pendapatan yang kukuh.

Kata Cik Lam: “Media sosial telah menyemarakkan lagi pertumbuhan bagi perniagaan makanan ini, membolehkan peniaga roti dan kek, terutamanya ibu yang tidak bekerja atau suri rumah mampu mempamerkan dan menjual ciptaan mereka sambil mengimbangi tanggungjawab keluarga.”

Selain menyokong peniaga makanan di rumah, Phoon Huat juga komited untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Sejak 2020, hasil jualan beg plastik di Phoon Huat telah disumbangkan kepada pelbagai badan amal.

Tahun ini, sumbangan akan disalurkan kepada Tabung Amal Aidilfitri (TAA) bagi membantu keluarga Islam yang kurang berkemampuan.

“Hari Raya adalah perayaan penting bagi kami, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Islam yang menyokong kami,” ujar Cik Lam lagi.

Lebih daripada sekadar sebuah kedai runcit, RedMan oleh Phoon Huat telah menjadi ‘tempat idaman’ bagi pembuat kek dan roti, menyediakan bukan sahaja bahan dan peralatan yang bermutu bahkan pendidikan dan latihan untuk peniaga makanan.

Ia terus memperkasakan komuniti pembuat roti, kuih dan kek di Singapura dengan mengadakan kelas untuk mereka yang berminat atau ingin mendalami dunia membuat kek dan kuih-muih.

Daripada asas hinggalah pembuat kuih profesional, semuanya disediakan untuk menimba ilmu, berkongsi resepi dan diberikan juga panduan daripada pakar di Phoon Huat.

Kini, RedMan oleh Phoon Huat menjadi antara pilihan utama bagi setiap pembuat roti, kek dan kuih-muih Raya.

Untuk promosi terkini, RedMan oleh Phoon Huat menawarkan penjimatan sehingga 25 peratus pada harga runcit untuk pembelian karton (pembelian yang banyak).

Sila layari https://www.redmanshop.com/home.html untuk membuat pembelian segera atau singgah ke kedai-kedai Phoon Huat dan RedMan yang berdekatan rumah anda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg