Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pihak berkuasa pantau Boon Lay Place awasi penularan Zika

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pihak berkuasa pantau Boon Lay Place awasi penularan Zika

Feb 22, 2024 | 08:41 PM



Pihak berkuasa sedang memantau penularan Zika di Boon Lay Place selepas dapatan ujian mengenai nyamuk dan air sisa di kawasan itu menemui tanda-tanda virus tersebut.

Terdapat satu kes Zika dilaporkan di Boon Lay Place pada Disember 2023 tetapi tiada kes dikesan sejak itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan bersama pada 22 Februari.

Kenyataan itu berkata: “Walaupun MOH dan NEA telah meningkatkan langkah kawalan berjaga-jaga, kami tidak boleh menolak kemungkinan terdapat lebih kes (Zika), kerana kebanyakan orang yang dijangkiti mungkin menunjukkan gejala ringan atau tiada gejala.”

Ia menambah bahawa MOH telah memaklumkan doktor supaya menguji pesakit yang menunjukkan gejala yang dikaitkan dengan Zika, terutama mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan Boon Lay.

Penduduk di persekitaran kawasan berkenaan, khususnya wanita hamil, turut dinasihatkan supaya melindungi diri dan memantau kesihatan mereka.

“Mereka harus mendapatkan rawatan perubatan jika tidak sihat dan mempunyai gejala jangkitan virus Zika, termasuk ruam, demam, sakit sendi, sakit otot, sakit kepala, konjunktivitis atau mata merah,” kata kenyataan itu.

Pesakit harus memaklumkan kepada doktor mereka tentang lokasi kediaman dan tempat kerja mereka, tambahnya.

Seperti virus denggi, virus Zika terutamanya ditularkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti. Ia juga boleh disebarkan daripada wanita hamil kepada janinnya atau melalui hubungan seks.

Kenyataan itu berkata bahawa sejak November 2023, NEA telah menjalankan operasi kawalan nyamuk secara intensif di kawasan Boon Lay tempat kes denggi turut dilaporkan.

Usaha untuk membendung virus itu termasuk menyembur racun serangga dalam ruangan di taman perumahan di kawasan itu serta pemeriksaan dan pembunuhan jentik-jentik nyamuk di kawasan umum untuk memusnahkan sebarang pembiakan nyamuk.

“Penduduk digesa membenarkan pegawai NEA memeriksa premis mereka, dan menyembur racun serangga bagi pembunuhan segera nyamuk dewasa bagi menghentikan rantaian penularan Zika,” kata kenyataan itu.

Walaupun jarang berlaku, jangkitan daripada virus Zika juga boleh menyebabkan mikrosefali pada bayi dalam kandungan wanita hamil. Mikrosefali adalah keadaan dengan saiz kepala bayi baru lahir lebih kecil atau tidak membesar lagi.

Tiga kes Zika telah dikesan di Singapura pada 2024 sehingga 8 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >