Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pilihan 7 pakej melancong ke negara ‘oppa’ bersama Dreamcation 

Peluang nikmati tarikan lama dan moden, kecantikan semula jadi serta makanan halal tempatan Korea Selatan
Aug 15, 2025 | 5:30 AM
jeju island, dreamcation cruises
Pelancong menikmati perjalanan kereta api vintaj sambil menjelajah taman hijau nan indah di Pulau Jeju. - Foto DREAMCATION CRUISES & TOURS

Negara oppa (bermaksud abang atau teman lelaki), iaitu Korea Selatan, menjadi pilihan utama pelancong pada masa ini. Bukan sahaja kerana budayanya yang unik dan penuh warna-warni, tetapi juga dek tarikan moden seperti K-pop, drama bersiri popular serta kepelbagaian destinasi menarik, daripada ibu kota sibuk Seoul hingga ke keindahan semula jadi Pulau Jeju.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), yang juga pengasas Dreamcation Cruises & Tours, Encik Sujimy Mohamad, berkata Korea Selatan terus menjadi destinasi pilihan utama, termasuk dalam kalangan pelancong Muslim.

“Korea Selatan kekal sebagai salah satu destinasi paling popular Dreamcation, bukan saja kerana budaya dan pemandangan yang menarik, tetapi juga kerana is sesuai bagi pelancong Muslim, termasuk warga emas. Oleh itu, pakej pelancongan Korea Selatan kami mesra Muslim dan mesra warga emas,” ujar beliau.

Pelancong “menggilai” Korea Selatan atas beberapa sebab.

“Korea Selatan menawarkan keseimbangan antara tradisi dan moden. Anda boleh melawat istana lama dan perkampungan budaya, dan pada masa sama menikmati suasana bandar moden seperti Seoul dan Busan. Negara ini juga sangat bersih, selamat, dan mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap. Ia sesuai untuk semua golongan usia.

“Musim-musim di Korea Selatan juga memberikan pengalaman berbeza. Musim bunga indah dengan bunga sakura mekar. Musim panas pula sesuai untuk lawatan ke taman bertema atau membeli-belah. Musim luruh cantik dengan dedaun berwarna cerah, kuning serta merah. Musim sejuk pula yang penuh keajaiban salji dan kegiatan ski.

“Semua pakej kami termasuk tiket penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan, dan jadual perjalanan mesra Muslim,” tambah Encik Sujimy.

Sempena pameran Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas) – NATAS Holidays 2025 – kali ini, Dreamcation menawarkan tujuh pakej pelancongan ke Korea Selatan, seperti berikut:

– 7 Hari 5 Malam Korea Value Tour

Pakej ideal untuk ‘first timer’! Lawatan ke tempat-tempat Instagrammable, Pocheon Art Valley, memakai pakaian tradisional Hanbok (Hanbok experience), dan lawatan ke taman bertema terbesar Korea Selatan – Everland.

– 7 Hari 5 Malam Winter Korea Value Tour

Nikmati musim sejuk di Lotte World, Sungai Han, Pulau Nami, Petité France, kawasan beli-belah terkenal, dan sesi bergambar dalam pakaian tradisional Hanbok.

8 Hari 6 Malam Korea Winter dengan Jeju

Lawatan musim sejuk ke Pulau Jeju, yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, Lotte World, ‘Hanbok experience’, beli-belah dan lawatan ke ladang alpaca

– 8 Hari 6 Malam Highlights of Korea dengan Pulau Jeju

Gabungan Everland, Jeju yang memukau, ‘rail bike’, Pulau Nami, ‘Hanbok experience’ dan tempat-tempat beli-belah popular.

– 8 Hari 6 Malam The Best of Jeju and Busan

Dari Pulau Udo dan Songdo Ocean Cable Car ke pasar tempatan dan kegiatan DIY – pakej ini padat dengan alam semula jadi, budaya dan pengalaman menyeronokkan.

– 10 Hari 8 Malam Scenic Korea dengan Jeju & Busan

Pakej paling lengkap – Everland, tempat-tempat dalam senarai Unesco, ‘Hanbok experience’, membeli-belah, dan lawatan budaya merentas Jeju hingga ke Busan.

– Lawatan Eksklusif: 8 Hari 6 Malam KAPOWWW! Korea Bersama Cef Mel Dean (18 hingga 25 Oktober 2025)

Sertai percutian bersama cef selebriti, Cef Mel Dean, dan terokai tempat-tempat menarik di Korea Selatan. Nikmati hidangan tempatan, beli-belah di pasar tempatan Korea Selatan, dan banyak lagi. Anda juga berpeluang menyaksikan demo masakan interaktif secara langsung oleh Cef Mel Dean di sana.

Kepada yang berminat, sila buat tempahan sempena pameran Natas Holidays 2025.

“Sila kunjungi reruai kami di nombor 5H32 semasa Natas Holidays 2025 di Singapore Expo Dewan 5, dari 15 hingga 17 Ogos. Rebutlah peluang membawa pulang hadiah utama pada Cabutan Bertuah Akhir Tahun, atau Year-End Grand Lucky Draw, kami. Anda berpeluang memenangi jongkong emas seberat 50 gram bernilai sehingga $8,000.

“Nikmati juga pelbagai diskaun eksklusif dan tawaran hebat, termasuk potongan harga untuk tempahan seterusnya serta hadiah menarik seperti bagasi perjalanan percuma dan banyak lagi. Lebih menarik lagi, promosi pakej Korea Selatan kami meliputi dari tarikh keberangkatan hingga Februari 2026, termasuk pada musim cuti sekolah, cuti umum dan cuti hujung tahun.

“Ia sesuai untuk anda merancang percutian bersama keluarga dan orang-orang tersayang,” tambah Encik Sujimy.

MAKLUMAT LANJUT:

UNTUK TEMPAHAN PAKEJ PELANCONGAN & PERTANYAAN:

– Hubungi WhatsApp ke talian + 65 6228-5287 atau talian +65 6513-2627.

– Kunjungi pejabat Dreamcation Cruises & Tours di 12 Woodlands Square, Woods Square Tower 1, #11-78, Singapura 737715

– Lungsuri laman: www.dreamcation.com.sg

– Saluran Telegram: t.me/DreamcationSG

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg