Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pilihan baru oleh Case, Persatuan Guaman hurai pertikaian pengguna, perniagaan mulai 1 Okt

Jun 10, 2024 | 4:21 PM
Presiden Case, Encik Melvin Yong (kiri), dan presiden Persatuan Guaman Singapura, Cik Lisa Sam, merasmikan kerjasama kededua badan itu dengan menandatangani memorandum persefahaman.
Presiden Case, Encik Melvin Yong (kiri), dan presiden Persatuan Guaman Singapura, Cik Lisa Sam, merasmikan kerjasama kededua badan itu dengan menandatangani memorandum persefahaman. - Foto CASE

Pengguna yang terlibat dalam pertikaian dengan perniagaan tidak lama lagi akan mempunyai pilihan lain untuk menyelesaikan mereka.

Mulai 1 Oktober, mereka yang tidak dapat mencapai persetujuan melalui pusat pengantara Persatuan Pengguna Singapura (Case) boleh memilih “penilaian neutral yang tidak mengikat”, kata badan pemerhati pengguna dan Persatuan Guaman Singapura pada 10 Jun.

Seorang peguam yang dilantik Persatuan Guaman Singapura akan mengakses kes itu. Pihak yang menerima penilaian akan menandatangani perjanjian penyelesaian.  

Perkhidmatan ini, satu kerjasama antara Case dan Persatuan Guaman Singapura, juga akan ditawarkan bagi kontrak di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Kecil (SCT). 

Tribunal itu, yang merupakan sebahagian daripada Mahkamah Negara, adalah jalan bagi menyelesaikan tuntutan sehingga $20,000, termasuk pertikaian yang timbul daripada perjanjian penyewaan kediaman sehingga dua tahun. Had tuntutan boleh dinaikkan kepada $30,000 jika kededua pihak bersetuju.

Case berkata pilihan baru akan meningkatkan rangkaian ruang yang dimampui untuk menyelesaikan pertikaian antara pengguna dan perniagaan. Pusat pengantaranya mengendalikan kira-kira 130 pertikaian setiap tahun, hampir 80 peratus daripadanya diselesaikan dengan pihak-pihak terlibat mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama.

Menurut laman web Case, sesi pengantara selama dua jam melalui pemerhati pengguna adalah antara $16.35 hingga $354.25 bagi anggotanya, dan antara $38.15 dan $436 bagi bukan anggota, bagi semua industri kecuali hartanah.

Presiden Case, Encik Melvin Yong, berkata beliau berharap pilihan baru itu akan menawarkan pihak terlibat “lebih banyak pilihan, fleksibiliti dan autonomi” untuk menyelesaikan pertikaian tanpa pergi ke mahkamah.

“Sebelum ini, jika pengguna dan perniagaan tidak dapat menyelesaikan semasa pengantaraan, mereka perlu mengambil tindakan undang-undang. Tetapi mereka kini boleh membuat semakan penilaian mengenai kekuatan kes mereka melalui penilaian neutral,” katanya.

Presiden Persatuan Guaman Singapura, Cik Lisa Sam, berkata beliau yakin perkhidmatan baru itu akan membantu masyarakat, kerana ia telah berjaya menggunakan proses itu untuk menyelesaikan pertikaian pengguna dengan bank dan syarikat insurans.

“Dengan penilaian neutral, pengguna dan perniagaan boleh membuat keputusan yang lebih baik dan menyelesaikan pertikaian mereka dengan cekap dan adil.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg