Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pilihan raya seterusnya penting bagi lakar hala tuju S’pura

Nov 24, 2024 | 7:55 PM
Berkongsi kepada pihak media selepas Persidangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 24 November, Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, berkata Pilihan Raya Umum akan datang adalah penting bagi PAP kerana ia melakar hala tuju Singapura melangkaui lima tahun seterusnya.
Berkongsi kepada pihak media selepas Persidangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 24 November, Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, berkata Pilihan Raya Umum akan datang adalah penting bagi PAP kerana ia melakar hala tuju Singapura melangkaui lima tahun seterusnya. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pilihan Raya Umum akan datang, yang harus diadakan menjelang November 2025, adalah penting bagi Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana ia melakar hala tuju Singapura melangkaui lima tahun seterusnya, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Lima tahun merupakan penggal maksimum pemerintahan yang dibenarkan bagi parti pemerintah sebelum pilihan raya seterusnya harus dilaksanakan.

Beliau berkata pemilihan dan pelantikan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ke-38 PAP yang baru ini mencerminkan kesungguhan parti dalam proses “pembaharuan” bagi mempersiapkannya memacu Singapura ke peringkat lebih tinggi.

Encik Zhulkarnain berkongsi demikian kepada pihak media selepas Persidangan PAP pada 24 November di Singapore Expo, sambil menambah pilihan raya akan datang merupakan “satu noktah penting” terhadap mandat yang diberikan rakyat kepada parti.

“Dengan pilihan raya CEC yang kita telah lalui, saya amat terharu kerana ada banyak perwakilan yang berbeza-beza… (dengan ramai anggota) muda yang ditampilkan.

“Suasana dalam persidangan pada hari ini juga amat memberangsangkan kerana ia lebih kelihatan ‘refreshed’ atau diperbaharui, (lebih menampilkan golongan muda) tetapi ini satu pendekatan kita yang berlainan,” ujarnya.

Ini, tambah beliau, memastikan parti tersebut dapat menjangkau golongan lebih muda namun tetap kekal relevan kepada setiap lapisan masyarakat di sini.

Berkenaan gesaan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, terhadap perlunya usaha berterusan bagi mengekalkan perpaduan di Singapura – yang dibuat semasa beliau berucap dalam persidangan itu – Encik Zhulkarnain menjelaskan ia satu peringatan agar anggota parti “bersifat empati untuk mendengar rintihan rakyat” dan sedaya upaya merealisasikan aspirasi rakyat.

Persidangan kali ini menyaksikan Menteri Kanan, yang juga Setiausaha Agung PAP, Encik Lee Hsien Loong, menyerahkan pucuk pimpinan kepada Timbalan Setiausaha Agung PAP semasa, Encik Wong, yang bakal memimpin parti PAP dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Ia turut menampilkan CEC baru dengan 14 anggota, 12 dipilih manakala dua dilantik – satu-satunya muka baru dalam jawatankuasa tertinggi PAP itu merupakan Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat – bagi penggal 2025-2026.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg