Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

PM Lee galak pasangan muda dapatkan anak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee galak pasangan muda dapatkan anak

Amanat Tahun Baru Cina 2024 beri penekanan terhadap hubungan, pembinaan institusi keluarga yang kukuh
Feb 09, 2024 | 03:30 AM



Dalam menyambut Tahun Naga, ia merupakan satu peluang untuk pasangan muda cuba mendapatkan zuriat, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Dalam amanat Tahun Baru Cina beliau, Encik Lee sekali lagi memberi penekanan terhadap hubungan dan pembinaan institusi keluarga yang kukuh. 

Beliau menarik perhatian bahawa pemerintah akan sentiasa menyokong aspirasi perkahwinan dan keibubapaan rakyat Singapura menerusi rancangan Pelan Singapura Mesra Keluarga 2025.

Amanat tersebut, yang disampaikan menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina, menekankan peranan keluarga sebagai asas masyarakat, memberikan sokongan dan membentuk nilai merentas generasi.

“Ramai keluarga Cina menganggap anak yang lahir pada tahun naga adalah sangat bertuah, naga adalah simbol kuasa, kekuatan dan nasib yang baik.

“Jadi, ini adalah masa yang terbaik bagi pasangan muda menambah ‘naga kecil’ dalam keluarga mereka,” kata Encik Lee.

Galakan tersebut datang di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemerosotan kadar kesuburan Singapura – satu trend yang dilihat dalam kebanyakan masyarakat maju yang sering mengutamakan matlamat peribadi dan kerjaya.

Encik Lee akur bahawa ramai anak muda mengutamakan membangunkan kerjaya mereka, menghabiskan masa berkualiti bersama pasangan mereka dan mengejar minat lain.

Malah, pasangan yang mahukan anak mungkin menangguhkan rancangan mendirikan rumah tangga, tanpa menyedari bahawa ia akan menjadi lebih sukar setiap tahun, tambahnya.


Walaupun beliau memahami akan kebimbangan berkenaan, Encik Lee masih berharap lebih ramai pasangan Singapura akan membuat keputusan mempunyai lebih ramai anak awal. 

Dengan penekanan terhadap keluarga dan anak-anak, Singapura komited untuk memupuk institusi keluarga yang kukuh, dan Encik Lee berkata pemerintah akan terus memberi pasangan muda sokongan yang diperlukan dalam perjalanan perkahwinan dan keibubapaan mereka.

Singapura telah memperkenalkan pelbagai usaha memperkukuh sokongan bagi ibu bapa. 

Ini termasuk dari segi penjagaan bayi dan keharmonian kehidupan kerja, serta menyokong ibu bapa dalam tahun-tahun pembentukan anak-anak mereka.

Memberi contoh, Encik Lee menyentuh tentang peningkatan pada sistem sokongan untuk ibu bapa, seperti menggandakan cuti bapa digandakan kepada empat minggu daripada dua minggu bagi bapa yang layak

Langkah-langkah ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan keibubapaan dan menggalakkan keseimbangan kehidupan kerja.

“Langkah seperti ini akan meringankan beban ibu bapa, tetapi ia hanyalah pemangkin. Akhirnya, pasangan akan membuat keputusan sama ada untuk mempunyai anak atas sebab mereka sendiri.


“Saya berharap lebih ramai akan membuat keputusan untuk meneruskan (rancangan mendapatkan anak), dan saya yakin mereka akan mendapati keibubapaan sebagai perjalanan yang sangat bermanfaat dan memuaskan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >