Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee hadiri sidang puncak G20 di India

Sep 8, 2023 | 5:10 PM
SIDANG PUNCAK G20: India bakal pimpin G20 dalam sidang  puncak di New Delhi.
SIDANG PUNCAK G20: India bakal pimpin G20 dalam sidang puncak di New Delhi. - Foto AFP

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong menghadiri sidang puncak negara Kumpulan 20 (G20) di New Delhi, India, dari 8 hingga 10 September 2023.

Encik Lee telah dijemput oleh Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi dalam kapasiti India sebagai Presidensi G20 2023.

Di bawah tema “Vasudhaiva Kutumbakam” atau “Satu Bumi, Satu Keluarga, Satu Masa Depan”, Presidensi G20 India 2023 berusaha untuk menggalakkan pembangunan inklusif dan mempercepatkan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan.

Encik Lee akan mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai kepentingan multilateralisme berasaskan peraturan, prasarana awam digital, kesihatan, peralihan tenaga dan pembangunan mampan, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin lain di luar sidang kemuncak itu.

Encik Lee akan ditemani Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah serta pegawai-pegawai kanan daripada PMO, Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong akan menjadi Pemangku Perdana Menteri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg