Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee hadiri upacara peringatan Kissinger di New York

Jan 26, 2024 | 5:46 PM
SATU PENGHORMATAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (kiri), menyifatkan mantan setiausaha negara Amerika Syarikat, Dr Henry Kissinger (kanan), sebagai “seorang negarawan yang hebat yang meninggalkan kesan yang berkekalan di dunia”.
SATU PENGHORMATAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (kiri), menyifatkan mantan setiausaha negara Amerika Syarikat, Dr Henry Kissinger (kanan), sebagai “seorang negarawan yang hebat yang meninggalkan kesan yang berkekalan di dunia”. - Foto FACEBOOK LEE HSIEN LOONG

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, memberi penghormatan kepada mendiang Dr Henry Kissinger dalam satu upacara peringatan pada 25 Januari di New York, Amerika Syarikat, dengan menyifatkan ia sebagai satu “keistimewaan dan penghormatan” dapat mengenali tokoh politik terkenal itu.

“Dengan rasa dukacita saya dan Ho Ching mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, Dr Henry Kissinger, pada upacara peringatannya di New York.

“Kami menzahirkan salam takziah kepada Cik Nancy Kissinger dan keluarga mereka,” kata Encik Lee dalam catatannya di Facebook pada 26 Januari.

Dr Kissinger, yang merupakan penasihat keselamatan nasional dan setiausaha negara di bawah pimpinan dua presiden Amerika, meninggal dunia di rumahnya di Connecticut pada 29 November 2023.

Mendiang berusia 100 tahun.

Encik Lee berkata, Dr Kissinger adalah “negarawan yang hebat yang meninggalkan kesan yang berkekalan di dunia”.

“Beliau adalah kawan rapat Singapura, dan kawan baik saya dan bapa saya,” kata Encik Lee, yang berada di Bandar New York untuk lawatan kerja dari 24 hingga 27 Januari.

“Selama bertahun-tahun, saya meraih manfaat daripada nasihat bijak, pandangan tajam dan rasa ingin tahu tentang dunia Dr Kissinger,” tambah beliau.

Bapa Encik Lee, mendiang Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, dan Dr Kissinger pertama kali bertemu pada tahun 1960an di Universiti Harvard, dan mereka mengekalkan persahabatan selama bertahun-tahun.

Pada 2015, Dr Kissinger membuat perjalanan ke Singapura untuk menghadiri pengebumian negara Encik Lee.

Encik Lee berkata, beliau mengagumi “keyakinan Dr Kissinger dalam tanggungjawab AS untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di dunia, dan usaha sepanjang hayatnya untuk terus belajar, termasuk mengenai isu-isu canggih seperti AI (kecerdasan buatan)“.

“Beliau akan diingati dan dihormati kerana pandangan jauh strategik dan kebijaksanaannya. Adalah satu keistimewaan dan penghormatan saya untuk mengenali beliau,” kongsi Encik Lee. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg