Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee harap dapat kerjasama rapat dengan PM NZ Luxon

Feb 1, 2024 | 2:33 PM
Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengucapkan tahniah kepada Encik Christopher Luxon pada Oktober 2023 kerana memenangi pilihan raya New Zealand, dan berhubung semula melalui telefon pada 31 Januari untuk menyampaikan harapan bagi mengukuhkan kerjasama antara kededua negara.
Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengucapkan tahniah kepada Encik Christopher Luxon pada Oktober 2023 kerana memenangi pilihan raya New Zealand, dan berhubung semula melalui telefon pada 31 Januari untuk menyampaikan harapan bagi mengukuhkan kerjasama antara kededua negara. - Foto ST, AFP

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berhubung semula dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Encik Christopher Luxon, melalui telefon pada 31 Januari, sambil melahirkan harapan dapat bekerjasama rapat dengannya demi mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Hubungan kita dengan New Zealand adalah rapat dan terjalin sejak lama,” kata Encik Lee dalam catatan Facebook pada 31 Januari, lapor The Straits Times.

“Singapura ialah rakan dagangan kelima terbesar New Zealand. Kita bekerjasama rapat dalam daya tahan rantaian bekalan dan ekonomi hijau, serta memulakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital bersama Chile.

“Saya mengucapkan tahniah kepada PM Luxon atas pelantikannya sebagai perdana menteri, dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau untuk mengukuhkan kerjasama antara Singapura dengan New Zealand, kedua-dua secara dua hala dan serantau.”

Encik Lee mengucapkan tahniah kepada Encik Luxon pada Oktober 2023 kerana mengetuai Parti Nasional berhaluan tengah untuk memenangi pilihan raya New Zealand.

Mantan ketua eksekutif Air New Zealand itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri negara itu pada November 2023.

Dalam satu catatan Facebook pada 31 Januari, Encik Luxon mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee atas “panggilan mesra dan produktif”.

“Saya teruja dapat membina persahabatan kami yang sudah erat dengan Singapura. Kami akan berusaha lagi bersama-sama untuk memajukan matlamat ekonomi, keselamatan dan kemampanan kami untuk rantau ini,” kata Encik Luxon.

“Saya mengucapkan tahniah kepada PM Luxon atas pelantikannya sebagai perdana menteri, dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau untuk mengukuhkan kerjasama antara Singapura dengan New Zealand, kedua-dua secara dua hala dan serantau.”
Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

“Saya teruja dapat membina persahabatan kami yang sudah erat dengan Singapura. Kami akan berusaha lagi bersama-sama untuk memajukan matlamat ekonomi, keselamatan dan kemampanan kami untuk rantau ini.”
Perdana Menteri New Zealand, Encik Christopher Luxon.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg