Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee ke mesyuarat pemimpin, sidang puncak Asean-Australia di Melbourne

Mar 3, 2024 | 5:15 PM
Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong akan melawat Melbourne, Australia mulai 4 hingga 6 Mac bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tahunan Singapura-Australia dan Sidang Puncak Khas Asean-Australia.
Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong akan melawat Melbourne, Australia mulai 4 hingga 6 Mac bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tahunan Singapura-Australia dan Sidang Puncak Khas Asean-Australia. - Foto MCI

Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong akan melawat Melbourne, Australia, mulai 4 hingga 6 Mac bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tahunan Singapura-Australia dan Sidang Puncak Khas Asean-Australia.

Ditubuhkan di bawah Kerjasama Strategik Menyeluruh Singapura-Australia, Mesyuarat Pemimpin Tahunan itu adalah platform utama bagi perdana menteri kededua pihak untuk membincangkan kerjasama dua hala dan bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.

Ini dinyatakan dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 3 Mac.

Kenyataan itu menambah, Encik Lee akan mengadakan Mesyuarat Pemimpin Tahunan Kesembilan itu dengan Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, yang akan disusuli dengan satu sidang media bersama.

Sidang Puncak Khas Asean–Australia akan memperingati 50 tahun Hubungan Dialog Asean-Australia.

“Australia adalah rakan dialog paling Asean yang lama.

“Sidang Puncak itu akan mengesahkan lagi hubungan berpanjangan dan substantif antara Asean dengan Australia, dan membincangkan cara untuk mendalami dan meluaskan kerjasama, terutamanya dalam ekonomi hijau dan digital,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, para pemimpin akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan sejagat yang saling berkepentingan dan bagaimana untuk terus bekerjasama dengan Australia dalam membina rantau yang terbuka, inklusif dan stabil.

Dalam lawatan itu, Encik Lee akan ditemani Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, serta para pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Ehwal Luar.

Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menyandang peranan Pemangku Perdana Menteri mulai 4 hingga 6 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg