Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee kirim takziah atas kematian bekas presiden Chile, Sebastian Pinera

Feb 8, 2024 | 9:56 PM
Seorang penyokong mendiang Encik Sebastian Piñera memegang fotonya. Encik Pinera melakukan lawatan ke Singapura pada 2018.
Seorang penyokong mendiang Encik Sebastian Piñera memegang fotonya. Encik Pinera melakukan lawatan ke Singapura pada 2018. - Foto AFP

Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pada 8 Februari telah melahirkan takziahnya di atas kematian bekas presiden Chile, Encik Sebastian Pinera.

“Encik Pinera memimpin Chile semasa beberapa masa sukar. Pengurusannya yang bijak semasa Covid-19 membantu Chile mengurangkan kesan pandemik dan mengekalkan kestabilan dalam sektor penting ekonomi,” kata Encik Lee dalam sepucuk surat yang disampaikan pejabatnya kepada Presiden Chile, Encik Gabriel Boric Font.

“Encik Pinera merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi kepada kebajikan negaranya,” tambah Encik Lee.

Encik Pinera yang memimpin negara itu antara 2010 dengan 2014 dan dari 2018 hingga 2022, meninggal dunia menyusuli satu kemalangan helikopter di selatan Chile pada 6 Februari. Beliau berusia 74 tahun.

Encik Lee menyingkap bertemu Encik Pinera banyak kali, termasuk semasa lawatan Encik Pinera ke negara ini pada 2018.

“Banyak yang saya raih hasil kebijaksanaan dan wawasan beliau. Beliau juga seorang rakan baik Singapura,” kata Encik Lee.

Beliau menambah bahawa semasa tempoh kepimpinan Encik Pinera, hubungan antara Singapura dengan Chile, mendalam.

Singapura dan Chile menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital, kata Encik Lee, dan meraih Perjanjian Perdagangan Bebas Pakatan Pasifik–Singapura pada 2020.

“Kami juga meluaskan kerjasama dalam bidang seperti tenaga hijau,” tambahnya.

“Ingatan saya kepada keluarga Encik Pinera dan masyarakat Chile semasa tempoh sedih ini,” kata Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg