“Saya ada beberapa interaksi dengan PM Lee, baik dalam majlis rasmi mahupun peribadi. Pada saya, beliau seorang pemimpin rakyat, seorang yang sentiasa bersedia mendengar sebarang isu atau maklum balas daripada masyarakat... Pernah saya mempunyai pengalaman dengan PM Lee semasa dialog tertutup berkaitan isu tudung. Beberapa tahun lalu, beliau menyatakan bahawa negara ini akan melihat lebih ramai pekerja barisan hadapan dalam agensi pemerintah memakai tudung dalam masa lima tahun. Hari ini, jururawat kita telah dibenarkan memakai tudung, dan diharapkan lebih banyak agensi dapat melakukannya. Sepanjang tempoh memegang jawatan, banyak isu dan cabaran telah timbul, termasuk wabak Covid-19. PM Lee dan pasukannya telah menangani cabaran tersebut dengan cekap, meletakkan negara pada kedudukan yang baik malah bersedia menghadapi cabaran masa depan. Beliau juga telah memastikan masyarakat minoriti, khususnya masyarakat Melayu/Islam, tidak ketinggalan. Kami berterima kasih kepada PM Lee atas perkara ini.”


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg