Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee positif Covid-19

May 22, 2023 | 3:06 PM
POSITIF COVID-19: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong telah diuji positif bagi Covid-19 setelah pulang daripada lawatan rasminya ke Afrika Selatan dan Kenya.
POSITIF COVID-19: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong telah diuji positif bagi Covid-19 setelah pulang daripada lawatan rasminya ke Afrika Selatan dan Kenya. - Foto AFP

PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong telah didapati positif bagi Covid-19, buat kali pertama sejak pandemik koronavirus itu bermula. Beliau menyatakan demikian di Facebooknya pada pagi Isnin.

Ini susuli lawatan rasmi enam harinya ke Afrika Selatan dan Kenya dari 13 hingga 19 Mei.

“Secara amnya, saya berasa okay, tetapi doktor telah menasihati saya supaya mengasingkan diri sehingga saya asimptomatik,” kata Encik Lee.

Encik Lee telah diberi pil antivirus Paxlovid oleh doktor bagi merawat Covid-19 memandangkan usianya. Pil tersebut yang dikeluarkan oleh syarikat Pfizer, telah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Januari 2022.

Menurut kenyataannya, kali terakhir beliau menerima vaksin penggalak pada November 2022.

Meskipun beliau menghidapi Covid-19, beliau tetap menggalak orang ramai supaya mengemas kini pengambilan vaksinasi bagi mengurangkan risiko penyakit yang lebih teruk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg