PM Lee positif Covid-19 lagi
Jun 1, 2023 | 9:34 AM
POSITIF COVID-19: Encik Lee berkata beliau merasa sihat dan doktornya menasihatkannya supaya mengasingkan diri sehingga ujian ART menunjukkan hasil negatif. - Foto LIANHE ZAOBAO FILE, LEE HSIEN LOONG/FACEBOOK
Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong telah diuji positif Covid-19 lagi, hanya beberapa hari selepas pulih daripada virus itu buat kali pertama.
Menurut Encik Lee, beliau berasa sihat dan doktornya telah menasihatkan beliau agar mengasingkan diri sehingga ujian ART menunjukkan hasil negatif.
Kata beliau dalam satu catatan Facebook pada Khamis, para doktor memberitahunya bahawa kes jangkitan semula Covid-19 berlaku dalam 5 peratus hingga 10 peratus kes.
Laporan berkaitan
PM Lee tidak lagi positif Covid-19, akan kembali bekerja pada IsninMay 28, 2023 | 8:02 PM

