Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee tidak lagi positif Covid-19, akan kembali bekerja pada Isnin

May 28, 2023 | 8:02 PM
KEMBALI BEKERJA: Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, dalam satu catatan Facebook pada Ahad, berkata beliau telah pulih dari Covid-19 dan akan kembali bekerja pada Isnin.
KEMBALI BEKERJA: Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, dalam satu catatan Facebook pada Ahad, berkata beliau telah pulih dari Covid-19 dan akan kembali bekerja pada Isnin. - Foto MCI

PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata beliau telah pulih dari Covid-19 setelah diuji negatif, dan akan kembali bekerja pada Isnin, dalam satu catatan di Facebook pada Ahad.

Pada 22 Mei, beliau didapati positif bagi Covid-19.

Ini kali pertama beliau dijangkiti Covid-19 sejak ia melanda, susulan lawatan enam hari ke Afrika Selatan dan Kenya.

Doktor memberi Encik Lee pil antivirus Paxlovid untuk merawat Covid-19 memandangkan usianya, dan menasihati Encik Lee untuk mengasingkan diri sehingga beliau tidak menunjukkan sebarang gejala.

Encik Lee sepatutnya menghadiri dan memberi ucapan di sambutan hari pengasas sempena ulang tahun ke 200 Institusi Raffles (RI) pada Ahad di Singapore Expo, tetapi dinasihatkan oleh doktornya untuk terus berehat sepanjang hujung minggu.

Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing, yang menyampaikan ucapan bagi pihak Encik Lee, berkata Perdana Menteri “secara umumnya berasa baik-baik saja”, tetapi dinasihatkan supaya tidak menghadiri majlis besar-besaran untuk beberapa hari lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg