Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee sampaikan Amanat Hari Kebangsaan pada 8 Ogos

Aug 3, 2023 | 5:52 PM
AMANAT HARI KEBANGSAAN: PM Lee bakal menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2023 pada 8 Ogos. Pada 2022, PM Lee telah merakamkan video Amanat Hari Kebangsaan di Gardens by the Bay (gambar).
AMANAT HARI KEBANGSAAN: PM Lee bakal menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2023 pada 8 Ogos. Pada 2022, PM Lee telah merakamkan video Amanat Hari Kebangsaan di Gardens by the Bay (gambar). - Foto MCI

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan pada Selasa, 8 Ogos, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis.

Beliau akan menyampaikan ucapannya dalam bahasa Inggeris pada 6.45 petang di saluran CNA.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan mesej tersebut dalam bahasa Cina pada 8.45 malam di Saluran 8 dan Capital 958 pada hari sama.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Melayu pada 8.30 malam di Saluran Suria.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pula akan menyampaikan amanat itu dalam bahasa Tamil pada 9 malam di Saluran Vasantham dan Oli 968.

Dalam Amanat Kebangsaannya pada 2022, PM Lee telah menyentuh beberapa topik utama termasuk pelbagai cabaran geopolitik dan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Beliau turut menekankan pentingnya bagi Singapura membuat perancangan jangka panjang dan kekal bersatu padu dalam menangani pelbagai cabaran dalam dunia yang semakin bergolak.

Amanat Hari Kebangsaan dalam keempat bahasa itu akan disiarkan di laman PMO di www.pmo.gov.sg dan laman YouTube Pejabat Perdana Menteri (PMO) (www.youtube.com/pmosingapore) selepas siaran pertama dikeluarkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg