Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

PM Lee terbit pelekat, gambar belum pernah disiar peringati 12 tahun di media sosial

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee terbit pelekat, gambar belum pernah disiar peringati 12 tahun di media sosial

Apr 20, 2024 | 07:14 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengeluarkan pek pelekat atau ‘sticker’ serta gambar yang diambilnya tetapi belum pernah disiar sebelum ini, bagi memperingati 12 tahun penglibatannya di media sosial.

Sebanyak 12 pelekat dalam talian yang boleh digunakan di WhatsApp dan Telegram itu memaparkan Encik Lee dalam pelbagai detik sepanjang tahun-tahun lalu, termasuk gambar beliau menghirup daripada “cawan biru ajaib”.







Gambar itu memaparkan detik ikonik apabila Encik Lee minum daripada cawan itu semasa menyampaikan ucapan yang memberi perkembangan mengenai pandemik Covid-19 pada 2020.

Semasa ucapan itu, ramai warganet kagum dengan kebolehan Encik Lee menukar bahasa setiap kali setelah minum daripada cawan itu.

Pek pelekat Encik Lee boleh dimuat turun di laman go.gov.sg/lhl-stickers-tg-2024 (Telegram) atau go.gov.sg/lhl-stickers-wa-2024 (WhatsApp).

Di samping itu, Encik Lee, yang juga meminati bidang fotografi, turut berkongsi dalam satu hantaran di Facebook pada 20 April tujuh gambar yang diambilnya yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini.

Banyak gambar yang dimuat naik di media sosial sebelum ini disertakan dengan hashtag #jalanjalan.







“Ramai di antara anda telah memberitahu saya anda menikmati foto #jalanjalan saya.

“Berikut adalah beberapa gambar saya yang belum dikeluarkan, yang diambil sepanjang tahun-tahun lalu, baik di Singapura mahupun di luar negara.

“Saya harap anda menikmatinya seperti mana saya seronok mengambilnya,” tulisnya.

Menurut Encik Lee, beliau telah memulakan perjalanan di media sosialnya dengan hantara pertamanya di Facebook pada 20 April iaitu 12 tahun lalu.

“Ia merupakan proses yang menyeronokkan dan bermanfaat, dan saya gembira dapat berkongsi dengan anda beberapa perkara yang saya lakukan dan minati,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >