Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

PM: Perjanjian eksklusif konsert Taylor Swift bukan ‘tidak ramah’ dengan negara jiran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM: Perjanjian eksklusif konsert Taylor Swift bukan ‘tidak ramah’ dengan negara jiran

Mar 05, 2024 | 05:07 PM



Perjanjian untuk membuat Singapura sebagai satu-satunya persinggahan bagi konsert penyanyi pop sensasi, Taylor Swift bukanlah menunjukkan sifat yang “tidak ramah” dengan negara jiran dan ia terbukti menjadi satu aturan yang berjaya, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong. 

“Jika itu yang perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang saling menguntungkan – dan yang, dari sudut pandangan Singapura, bukan sahaja untuk mengembangkan ekonomi, malah untuk membawa pengunjung dan sahabat dari seluruh rantau – jadi bagi saya mengapa tidak,” katanya.







​Encik Lee berkata demikian ketika memberi respons terhadap soalan daripada wartawan akhbar, The Sydney Morning Herald, di sidang media selepas Mesyuarat Pemimpin Tahunan Singapura-Australia pada 5 Mac.


Menjawab soalan berhubung kritikan bahawa perjanjian itu telah menjejaskan semangat kerjasama dalam Asean, Encik Lee berkata: “Perjanjian telah dicapai dan ia ternyata satu aturan yang sangat berjaya.”

“Saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang tidak ramah. Kadangkala, satu negara membuat perjanjian. Kadangkala pula, negara lain melakukannya,” katanya sambil menambah bahawa insentif yang diberikan kepada Swift adalah daripada dana yang bertujuan untuk memulihkan industri selepas pandemik Covid-19.

“Sekiranya kita tidak membuat perjanjian sebegitu, adakah beliau akan ke negara lain di Asia Tenggara, atau lebih banyak negara di Asia Tenggara? Mungkin, mungkin juga tidak. Ini adalah perkara yang perlu beliau membuat keputusan.”

Encik Lee akur bahawa penyanyi itu juga telah membuat persembahan di Australia pada Februari 2024 dan meskipun beliau tidak pasti perjanjian yang ditetapkan, beliau pasti terma yang ditetapkan adalah sesuatu yang boleh “diterima bersama”.

Konsert Swift bermula di Singapura pada 2 Mac di Stadium Negara, dengan konsert terakhir dijadualkan berlangsung pada 9 Mac.

Dalam satu kenyataan bersama pada 20 Februari, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkata mereka telah bekerjasama secara langsung dengan pihak penganjur, AEG Presents dan menyediakan geran untuk membantu membawa penyanyi antarabangsa Amerika Syarikat itu ke Singapura. 

Dalam kenyataan itu, MCCY dan STB menambah bahawa sektor pelancongan seperti hospitaliti, peruncitan, pelancongan serta makanan dan minuman (F&B) mungkin meraih manfaat daripada konsert tersebut, sama seperti di bandar lain di mana konsert bintang superstar itu pernah diadakan.


Lebih daripada 300,000 tiket telah dijual untuk konsert berkenaan, dengan sebilangan besar peminatnya dari negara lain dijangka akan tiba di sini, kata kenyataan itu.

Ia menambah: “Singapura mempunyai banyak tawaran sebagai destinasi untuk acara antarabangsa berskala besar dengan lokasi strategik kami, prasarana bermutu, keselamatan, kecekapan dan penawaran budaya yang pelbagai.”

Skala dan syarat perjanjian itu tidak didedahkan, namun terdapat spekulasi bahawa jumlahnya mencecah jutaan dolar bagi setiap pertunjukan.

Perjanjian mendapat perhatian pada pertengahan Februari, selepas Perdana Menteri Thailand, Encik Srettha Thavisin, berkata beliau dimaklumkan oleh penganjur bahawa pemerintah Singapura telah menawarkan subsidi sehingga AS$3 juta ($4 juta) untuk setiap konsert, sebagai perjanjian agar penyanyi itu tidak membuat persembahan di negara di Asia Tenggara semasa konsert ‘The Eras Tour’.

Perjanjian eksklusif itu, bagaimanapun, telah menjadi pertikaian dalam kalangan beberapa ahli politik di negara jiran seperti Thailand dan Filipina.

Pada 28 Februari, Anggota Parlimen Filipina, Encik Joey Salceda mengkritik Singapura, meminta Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina untuk membantah secara rasmi perjanjian itu.

“(Ini) bukan apa yang dilakukan oleh jiran yang baik,” kata Encik Salceda, sambil menambah bahawa langkah Singapura itu akan menjejas hubungan diplomatiknya dengan Manila.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >